Jumaat, 9 Mei 2014

MISI MENARA GADING 2014

 [ MISI MENARA GADING 2014 ]

 Update: Ahad 10 Mei 2014

Alhamdulillah..beberapa jam selepas entri ini disiarkan anak bertuah ini mendapat perhatian drp sahabat2 yang ikhlas membantu. Alhamdulillah..bantuan untuk anak bertuah ini sudah sampai.. RM900 telah diserahkan kpd Sahabat Sanggar Suri Perak, En Jamaluddin Hassim untuk disampaikan kpd AINATUL MARDHIAH BT MOHD AZMI.. untuk kos yuran RM500, dan duit belanja RM400 pada petang Sabtu, 10 Mei 2014.

Ada senyum di wajahnya....cukup buat hati kita berbunga-bunga..syukur Allah kerana memilih kami untuk merasai nikmat ini...


  Petikan drp blog De'Redang (http://jamalhassim.blogspot.com/2014/05/misi-menara-gading-2014.html)

MISI MENARA GADING 2014

De' Redang, 10 Mei 2014, ...Alhamdullilah dengan kerjasama rakan seperjuangan Kakak Elly http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ dan sahabat-sahabat yang budiman sumbangan kemenara gading dapat di sempurnakan  kepada adik Ainatul Mardiah, dari Jalan Baru Selama Perak, yang akan menjejakan kaki ke Kolej Matrikulasi Kokdiang Kedah pada 25 May 2014..sumbangan kali pertama RM 150.00 & kali ke 2 sebanyak RM 750.00 Berjumlah RM 900.00..Jazakllah Khairan..

Maklumat keluarga Menumpang rumah nenek bersama ibu & 4 adik-beradik yang masih bersekolah
(Jumlah adik-beradik 7 orang) Bapa menghilangkan diri, ibu kerja kilang berpendapatan Rm 700.00
Semoga amal kebaikan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat dirahmati ilahi...

 Adik Ainatul mengucapkan jutaan terimakasih & berjanji akan belajar bersunguh-sunguh sehingga berjaya ...

Saya mewakili adik Ainatul mengucapkan jazzakallah khairan khatira kepada sahabat - sahabat yang membantu.., Semoga Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...
-En Jamaluddin Hassim


***********************************************

MISI MENARA GADING 2014-(10 Mei 2014)
Insya-Allah seperti tahun2 lepas usaha membantu anak yatim & anak asnaf  untuk menggapai impian mereka akan kami teruskan..Demi membantu anak-anak ini memenuhi harapan mereka, Sanggar Suri(EksekutifSuri) bersama sahabat2 prihatin melancarkan Misi Sinar Harapan:  Menara Gading 2014 : 1 (Kemasukan Mei/Jun)

Maklumat lanjut sedang dikumpulkan dan dikemas kini setiap kali maklumat baru diterima. Maklumat diperolehi melalui sahabat2 yang bertugas sebagai guru, wakil komuniti & individu prihatin yang boleh dipercayai.


Setakat hari ini kami perolehi maklumat 1 orang pelajar.
Maklumat seperti di bawah:
 Sokongan sahabat2 amat dialu-alukan. Sama2 kita berusaha mengumpul dana untuk membantu mereka.

Cadangan Bentuk Bantuan


1. Yuran pendaftaran (maklumat seperti tertera dlm surat tawaran)
2. Bantuan wang belanja persiapan ke menara gading RM300-RM500
  
MAKLUMAT PELAJAR






NAMA PELAJAR
STATUS
ALAMAT
TAWARAN&
TARIKH
BANTUAN
DIPERLUKAN
1


AINATUL MARDHIAH BT MOHD AZMI


Menumpang rumah nenek bersama ibu & 4 adik-beradik yang masih bersekolah
(jumlah adik-beradik 7 orang)
Bapa menghilangkan diri
Ibu- kerja kilang (RM 700.00)

Hadapan Pusat Haiwan, Jalan Baru Ijok Sg.Seggar Bt.Kurau 34510 Taiping Perak

Kolej Matrikulasi Kodiang, Kedah
Jurusan Perakaunan
 25 Mei 2014

YURAN   
RM500

Perbelanjaan RM250

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini