Selasa, 20 Mei 2014

MISI MENARA GADING~Ada Sinar di Wajah Mereka

Alhamdulillah ....Ada Sinar di wajah mereka. Semoga ada juga Sinar dalam kehidupan anak-anak ini & keluarga mereka. Doakan mereka dapat belajar dengan tenang & cemerlang dan mampu mengubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik..amin

Jazakumullah khairan kathira...Terima kasih sahabat kerana istiqamah membantu anak-anak ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Semoga hidup sahabat-sahabat dilimpahi keberkatan & rahmat Allah sentiasa. Amin

 Doa buat sahabat:

"Ya, Allah! Semoga perkongsian rezeki ini diterima-Mu. Jadikan infaq ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan. .dan Semoga infaq ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa sahabat, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kalian sekeluarga. ..amin"



Di bawah ini antara anak-anak yang kita bantu dalam Misi Menara Gading.
Alhamdulillah ada antara mereka juga terlibat dalam Misi Menara Gading~Dana Wang Saku.

Abdul Muhaimin Sukri
 "Bismillah...Jazakumullahu khoiron kathiron atas sumbangan dan tajaan selama setahun yang diberikan kepada kami berdua untuk menampung kos perbelanjaan pengajian di bumi Jordan ini. Untuk makluman, kami akan menempuhi peperiksaan akhir bagi tahun 2 2014 . Kami harapkan doa daripada tuan dan puan mudah-mudahan Allah berkati ilmu kami berserta mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. "
Azizul dan Muhaimin-Universiti  AL al Bayt, JORDAN (Misi Menara Gading 2013-2014)

Mohamad Azizul Che Min
Mohamad Azizul Che Min






"Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana rezeki dan nikmatnya yang tidak terhitung. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak penaja kerana sudi menaja pengajian saya. Saya sekarang sudah hampir tamat tahun 2.  Saya tahu pihak penaja tahu walaupun kami membuat pinjaman PTPTN tapi ianya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pengajian kami yang tidak menentu. Jasa baik pihak penaja hanya Allah yang dapat membalasnya. Doakan kami berjaya dalam peperiksaan yang tinggal tak sampai sebulan lagi.. sekian."

-Mohamad Ramadhan b Shamsudin-USM, Pulau Pinang (Misi Menara Gading 2012-2014)
En Shamsudin diapit anak kembar cemerlang-Ramadan(kanan) & Fitri(kiri)
 "Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi.. jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja kerana sudi membantu meringankan bebanan semasa saya belajar. Alhamdulillah sudah hampir tamat tahun dua dan sudah bermula pemilihan major untuk projek tahun akhir. Sekarang sudah bermula kajian dan fokus kepada proses projek matrik show tahun akhir. Sekali lagi saya berterima kasih kepada pihak penaja kerana telah meringankan beban perbelanjaan kami.. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik pihak penaja."

-Muhamad Fitri b Shamsudin, UMS Sabah (Misi Menara Gading 2012-2014)



"Terima kasih kepada orang yang memberi sumbangan kepada saya dan juga Kak Elly yang sanggup membantu saya dari matrikulasi hingga saya mampu menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah. Maaf saya tidak pandai berkata-kata, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa orang-orang yang membantu saya hingga ke menara ganding. Saya sangat bersyukur kerana ada orang yang sudi membantu saya,terima kasih juga kerana membantu keluarga saya. Maafkan saya kerana lambat mengucapkan terima kasih tetapi saya sangat bersyukur kerana ada insan yang sanggup membantu saya kerana siapalah saya. Tetapi di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan saya tak akan melupakan jasa orang yang membantu saya."
Nur Amalina bt Jali, UNIMAS Sarawak
(Misi Menara Gading 2012-2014)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini