Selasa, 3 Jun 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MADRASAH HASHIMIAH

TARIKH MAJLIS: 8 JUN 2014

JUMLAH PENERIMA HADIAH: 63 PELAJAR

(21 KATEGORI-hadiah untuk no 1 hingga 3)

Majlis ini dijalankan sebagai salah satu cara membakar semangat & tanda penghargaan kepada anak-anak yang berusaha bersungguh-sungguh walaupun hidup dalam serba kekurangan

Kami berpeluang menyaksikan sendiri sesi pembelajaran & peperiksaan yang dijalankan. Walaupun modul pembelajaran terutamanya Pengajian Islam & al-Quran agak berat, tetapi anak-anak kecil ini mampu menghadapinya. Modul pembelajaran lebih menitikberatkan soal pembinaan jati diri seorang Islam yang kukuh.

Panel penilai peperiksaan pula terdiri daripada alim ulama dari kalangan Muslim Rohingya yang aktif dan dihormati di Malaysia. Ada peperiksaan lisan & praktikal. Jika tidak lulus, tidak dapat naik kelas.

Sehubungan dengan ini, kami ingin membuka peluang kepada tuan puan untuk sama berkongsi rezeki demi melihat majlis meraikan anak-anak ini dapat direalisasikan. Hadiah yang dicadangkan berupa barangan elektrik yang boleh dimanfaatkan untuk satu keluarga.

Untuk Sumbangan:

CIMB 8600202864
Madrasah Hashimiah


email: mhashimiah@gmail.com

Tel: 03-61203263/ 011-11506469 (En Hadi)

Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita. Amin


Pelajar-pelajar yang sudah siap menjalani peperiksaan akan berkumpul di ruang ini sebelum pulang, untuk mendapatkan restu semua ustaz & ustazah



Peperiksaan sedang dijalankan

Seorang demi seorang pelajar diuji secara lisan & praktikal

Bersama Ustaz Hashim, pengasas Madrasah Hashimiah dan tenaga kerja wanita madrasah tersebut.

Peperiksaan sedang dijalankan

Seorang demi seorang pelajar diuji secara lisan & praktikal

Antara alim ulama dari kalangan Muslim Rohingya yang tinggal di Malaysia..

Peperiksaan sedang dijalankan

Seorang demi seorang pelajar diuji secara lisan & praktikal


Pelajar-pelajar yang sudah siap menjalani peperiksaan akan berkumpul di ruang ini sebelum pulang, untuk mendapatkan restu semua ustaz & ustazah



Antara sahabat yang menyokong Misi Pembangunan Madrasah Hashimiah..

Kami disajikan makanan tradisional Myamar selepas mesyuarat untuk membincangkan tentang Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini