Selasa, 10 Jun 2014

MISI RAMADAN SYAWAL 1435H/2014M



~Bersama Menyantuni Anak Yatim, Pelajar Tahfiz & Asnaf~


UPDATE DANA MISI RAMADAN SYAWAL 1435H/2014M
Alhamdulillah dana untuk majlis sudah mencukupi...
Namun kalau ada sahabat ingin tambah apa-apa, dialu-alukan..kami masih buka peluang untuk bersedekah & sampaikan niat sahabat2..
Insya-Allah lebihan dana dan dana yang diterima selepas majlis akan disalurkan melalui Misi Ramadan Syawal 1435H/2014M.
Sepanjang Syaaban & Ramadan kami akan agih-agihkan bantuan barang dapur ke rumah-rumah asnaf. Kami juga akan sediakan Makanan Berbuka Percuma untuk asnaf sepanjang Ramadan, diikuti Misi Persediaan Syawal.....insya-Allah.
Misi ini meliputi kampung-kampung & penempatan miskin bandar sekitar Lembah Kelang, Pulau Pinang, Perak & Kelantan (kalau ada rezeki, insya-Allah dilebarkan ke kawasan lain).

UPDATE SUMBANGAN:
Alhamdulillah..dana yang diterima setakat hari ini:
1. SEDEKAH
(dengan keizinan untuk tampung kos majlis)
RM6370
Perbelanjaan:
i. Minum pagi RM100 (ditampung sebahagian oleh sahabat)
ii. Makan tengah hari RM2700 (Maqlubah kambing &Ayam)
iii. Kos tambahan air minuman & makanan lain RM200
iv. Kos penyediaan dewan dll RM500.
v. Kos pengangkutan : RM200
Jumlah: RM3700
Baki Sedekah: RM2670
2. ZAKAT & FIDYAH
(sepenuhnya utk asnaf-persiapan Ramadan)
RM3050
i. Penyediaan barang dapur utk 25 keluarga asnaf
ii. Kurma utk 50 tenaga pengajar&pelajar tahfiz
Jumlah: RM2000
Baki zakat: RM1050
3. TELEKUNG
RM600 (20 pasang)
4. SEJADAH & KAIN PELEKAT
70 pasang (disedekahkan oleh sahabat)
5. BUAH TANGAN UNTUK ANAK2
disedekahkan oleh sahabat
Doakan usaha ini dipermudahkankan Allah & diberkati-Nya..amin
Jazakumullah khairan kathira
Like**********************************************************




insya-Allah seperti tahun2 lepas, Misi Ramadan Syawal diteruskan demi membantu saudara se-Islam yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan persediaan menyambut Ramadan & Syawal.

Alhamdulillah, untuk permulaan Misi ini, kami berpeluang mengadakan Majlis untuk meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz & asnaf sempena menyambut Ramadan...

Alhamdulillah dalam Majlis ini juga insya-Allah, Allah berikan peluang kami bersama para dermawan & sukarelawan yang banyak membantu perjuangan kami selama ini.

Insya-Allah dalam Majlis ini akan ada program pengisian rohani & jamuan serta penyampaian sumbangan.

Anggaran kehadiran : 200 orang

Anggaran perbelanjaan:

A. Kos Majlis & Jamuan : RM3000

B. Sumbangan Persediaan Ramadan:

1. Telekung, Sejadah, Kain Pelekat RM50x20 keluarga=RM1000
2. Barang dapur / makanan RM50x20=RM1000
3. Kain Pelekat & Kurma RM25x50 ustaz &pelajar tahfiz=1250

Dialu-alukan sahabat bersama kami meraikan anak yatim, pelajar tahfiz & asnaf ini.

Sumbangan sahabat amat dihargai, sama ada dalam bentuk harta, masa @ kudrat..

Jom turun padang bersama...hubungi Elly Nizam EksekutifSuri atau Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri untuk maklumat lanjut

Jazakillah khairan kathira..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini