Isnin, 23 September 2013

Misi Ziarah Masuk Kampung : Kelantan 15 Sept 2013


Assalamualaikum

Tarikh: 15 SEPT 2013
Destinasi: Kg Banggol Jering, Kg Banggol Nyiur, Kg Lanchang, Kg Terusan, Kg Lubuk Gong, Taman Mas, Rantau Panjang.


Alhamdulillah..berbekalkan wang zakat kiriman seorang sahabat kami meredah 6 kampung untuk menunaikan amanah ini. Alhamdulillah, 7 keluarga dapat diziarahi. Sumbangan barang dapur, biskut  & wang tunai diagih-agihkan kepada mereka. Perjalanan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 5 petang.
Persiapan membeli barang2 dapur & makanan untuk agihan
Barisan sukarelawan Sahabat SanggarSuri yang turun padang..Jazakallah khairan kathira..




Destinasi 1: Kampung Banggol Jering

Keluarga Mohd Affandi Che Kamaruddin, 31. Anak 3 orang(umur 9, 5, 2)
Pekerjaan: Mekanik














Destinasi 2:Kampung Banggol Nyiur

Kamariah Sulaiman 39, ibu tunggal, anak 5 orang ( umur 15, 14, 10, 8, 2). Tiada pekerjaan tetap. Mendapat bantuan JKM RM300 sebulan.
 








Destinas 3: Kampung Lanchang
Keluarga ibu tunggal - Mekyah bt .Mohamed, 50. Anak 6 orang. Anak sulungnya juga ibu tunggal dengan 6 orang anak tinggal di rumah yang sama. Anak yang keempat baru selesai pengajian di KIAS, Nilam Puri dalam bidang Usuluddin dan yang kelima masih berada di USIM, Nilai. Anak yang keenam masih belajar di Tingkatan 5. 
Manakala cucunya, anak yatim 5 orang(umur 16, 15, 13, 11 &9) dan seorang anak bersama suami baru berumur 2 tahun. Namun, suaminya pula menghilangkan diri.
Pendapatan sebagai penoreh getah dalam anggaran RM50 seminggu sahaja.


sempat lagi berperahu..



Destinasi 4: Kampung Terusan
Keluarga adik Lia Nur Zahirah bt Osman, 9 bulan. Masalah kuman dalam darah & paru-paru.

UPDATE:
Seminggu sudah kami menziarahinya..Belum sempat kisahnya disiarkan, dia pergi menyahut seruan Illahi pada 23 Sept 2013. Semoga anakanda Lia Nur Zahirah damai di sana, dan kedua ibu bapanya tabah menanti pertemuan di syurga nanti..amin

kenangan bersama arwah..
En Osman 36tahun & isteri Marlina 33 tahun menanggung cubaan berat drp Illahi.. sudah 3 orang anaknya mendapat nasib sebegini. Dan semuanya sudah menemui Ilahi.
Kini tinggal 3 lagi anak mereka berumur 11tahun, 6tahun & 4 tahun.

Anak sulung mereka yang berusia 11 tahun pula tergolong dalam golongan anak OKU. Masalah yang dihadapi anak sulungnya menyebabkan En Osman tidak dapat bekerja secara tetap kerana hampir setiap hari dipanggil ke sekolah untuk uruskan anaknya.

Mereka sekeluarga juga kini menumpang di rumah ibu mereka yang juga tergolong dalam golongan susah & anak ramai (anak 11 orang, 7 drp mereka tinggal bersama)

Bantuan yang diterima setakat ini, untuk anak sulung mereka sejumlah RM150 drp JKM. 
 







anak sulung yang istimewa

Destinasi 5: Kampung Lubok Gong,
Keluarga warga emas Raja Hassan b. Raja Ibrahim,76 tahun & Zaharah Che Pa, 59




Destinasi 6: Taman Rantau Mas, Rantau Panjang
Keluarga Pakcik Sidik b.Omar,75 tahun,pesakit strok. Isteri, Halimah Mohamad 74. Anak sulung mereka pula tergolong dalam golongan OKU. Anak 5 orang, semua berkeluarga. Seorang sahaja bekerja. Yang lain, surirumah. Anak bongsu berhenti kerja untuk balik menguruskan ayahnya.



Sumbangan untuk Keluarga ke-7 diwakilkan kepada Sahabat Sanggar Suri-Visi Hanif RP untuk ziarah seterusnya..(gambar & info akan dimasukkan setelah maklumat diterima)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini