Khamis, 13 Februari 2014

MISI SAMA CAKNA SAMA RASA


 Misi Sama Cakna Sama Rasa (Bantuan Makanan Percuma Asnaf)

Sebuah perkongsian rezeki demi meringankan beban asnaf untuk mendapatkan makanan buat alas perut...

Matlamat & Cara:

1. Kedai makan yang dipilih diberikan keutamaan kepada kedai yang diusahakan oleh golongan asnaf. Dengan ini, kita dapat membantu mereka menambah nilai dalam kehidupan mereka dan juga kehidupan orang lain.

2. Asnaf yang dipilih diberi keutamaan kepada anak yatim, anak ibu tunggal, ibu tunggal, OKU & wargatua agar mereka mendapat makanan yang cukup untuk meneruskan persekolahan & tugasan harian.

3. Buat permulaan, beberapa kedai dipilih yang akan menyediakan makanan seperti nasi & lauk atau mi rebus/sup dalam anggaran RM3 satu set.

4. Pembelian adalah dalam bentuk kupon. Buat permulaan, kami menyediakan 100 keping kupon (RM300) untuk satu kedai bagi diagih-agihkan untuk anggaran 20 orang asnaf.

5. Sistem tajaan & pengagihan kupon/makanan akan diperbaiki & ditambahbaikkan sepanjang masa bergantung kepada perkembangan projek & dana yang diterima.

6. Sumbangan & sokongan dialu-alukan agar Misi ini dapat disempurnakan pada setiap bulan dan membantu golongan asnaf mendapatkan bekalan makanan berkhasiat.
7. Kami juga mengalu-alukan pengusaha kedai makan atau restoren yang sudah berjaya untuk menaja asnaf menggunakan sumber kewangan sendiri. Konsep perkongsiaan rezeki diharap dapat menambahkan rezeki masing-masing & sudah semestinya keberkatan-Nya yang kita harapkan..


Semoga Allah permudahkan usaha kita ini & melimpahkan rahmat & keberkataan-Nya.
Amin..

Jazakumullah khairan kathira


Maklumat Lanjut: FB Elly Nizam Eksekutifsuri
SanggarSuri www.Eksekutifsuri.blogspot.com
***********************************************
 PERASMIAN MISI SAMA CAKNA, SAMA RASA...

Alhamdulillah..program pertama selamat dilancarkan
(Khamis, 12 Feb 2014)
Warung Kak Zah Kg Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan.

Jazakumullah khairan kathira kepada penderma & Sahabat Sanggar Suri Rantau Panjang yang bertungkus-lumus menjayakan program ini..
insya-Allah dalam masa beberapa hari lagi, program seumpama ini akan dilancarkan juga di Kuala Krai, Kelantan.































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini