Assalamualaikum





Alhamdulillah Misi Ziarah Ramadan ke Destinasi 1: Kelantan telah selamat ditunaikan pada 16 Julai, Sabtu lepas. Jutaan terima kasih kepada sahabat2 yg memberi sokongan sama ada dlm bentuk wang
ringgit, masa & tenaga. Jutaan terima kasih pada ayahanda bonda, suami & anak2 serta adik2 yang setia membantu melicinkan kelancaran majlis.
Harapan kami agar pemberian sedekah ini dapat menggembirakan mereka & meringankan beban utk membuat persediaan menyambut Ramadan. Kami belikan telekung & jubah utk mereka, agar ada pakaian baru dapat digunakan utk beribadat sepanjang Ramadan. Semoga ada sedikit ganjaran menanti kita dan Allah menerima sedekah kita.
Selain jubah @ telekung, sumbangan barang makanan & wang juga diberikan. Alhamdulillah 34 orang telah menerima sumbangan yang terdiri drp 14 pelajar tahfiz (yg kebanyakannya anak yatim) drp Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam Banggol Kulim, dan 20 orang warga tua yang menghuni pondok orang tua2 di belakang madrasah tersebut.

Insya-Allah info lanjut & gambar2 akan di"upload" & update di blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com.
Dijemput sahabat2 yg sudi bersama turun padang ke Destinasi ke-2 di Redang Panjang, Selama, Perak pada 23 Julai nanti. Kita konvoi sama2 dr KL. Harap dapat hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Dijemput sahabat2 yg sudi bersama turun padang ke Destinasi ke-2 di Redang Panjang, Selama, Perak pada 23 Julai nanti. Kita konvoi sama2 dr KL. Harap dapat hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Tarikh: 23 Julai 2011
Ziarah: sekitar Ijok, Redang Panjang, Selama, Perak
Majlis Penyampaian Sumbangan :
Tempat: D'Redang (rumah En Jamaludin) Redang Panjang, Perak
Tarikh: Sabtu 23Julai, 10.30-4.30pm
Ziarah: sekitar Ijok, Redang Panjang, Selama, Perak
Majlis Penyampaian Sumbangan :
Tempat: D'Redang (rumah En Jamaludin) Redang Panjang, Perak
Tarikh: Sabtu 23Julai, 10.30-4.30pm
Acara:
Penyampaian Sumbangan barangan makanan utk 20 fakir miskin & ziarah dari rumah ke rumah di kawasan Lenggong & Redang Panjang
P/S: klu ada cadangan @ sumbangan boleh email/sms elly
0123614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini