Rabu, 13 Julai 2011

Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan 1432H/2011










Assalamualaikum

Ramadan hampir tiba.. masing-masing sibuk membuat persiapan sama ada dari segi rohani @ jasmani, tak ketinggalan juga untuk para peniaga yang menanti2kan rezeki Ramadan...

Seperti tahun2 yang lepas team Misi Sinar Harapan tidak akan melupakan golongan asnaf untuk turut serta melangkah ke bulan mulia ini dengan persediaan yang mencukupi.. insya-Allah.

Team Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan akan menjelajah perkampungan miskin dari satu destinasi ke destinasi, bergantung kepada bekalan wang & sumbangan yg ada, bagi membantu meringankan beban keluarga miskin ini membuat persiapan menyambut Ramadan.

Sahabat2 semua, sama ada yang mengenali kami atau tidak dijemput untuk bersama-sama kami turun padang, untuk melihat sendiri kesusahan hidup yang mereka lalui.

Golongan sasaran: anak yatim, fakir miskin, pelajar tahfiz, mualaf & warga emas.

Antara destinasi ziarah:

1. 15-16 Julai 2011
Ziarah: sekitar Rantau Panjang, Jeli, Kota Bharu, Kelantan

Majlis Penyampaian Sumbangan :
Tempat:

Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam Banggol Kulim, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Tarikh: Sabtu, 16Julai

2. 23-24Julai 2011
Ziarah: sekitar Ijok, Redang Panjang, Selama, Perak

Majlis Penyampaian Sumbangan :
Tempat: D'Redang (rumah En Jamaludin) Redang Panjang, Perak
Tarikh: Sabtu 23Julai, 2.30pm

3. 30-31Julai 2011
Ziarah: sekitar Lembah Subang, Lembah Kelang, Klang.

Majlis Penyampaian Sumbangan:
Tempat: Rumah Opah Hasnah, Bukit Kuda, Klang
Tarikh:Sabtu 30Julai

Sumbangan yang diperlukan:

1. Telekung utk warga tua
2. Kain Pelekat utk warga tua
3. Jubah utk pelajar tahfiz
4. Wang-utk membeli bekalan makanan & sumbangan

Untuk maklumat lanjut:

Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/


Semoga Allah mempermudahkan usaha kita dan menerima sedekah kita buat bekalan di akhirat nanti..amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini