Ahad, 3 Jun 2012

MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita


"MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita"


Insya-Allah kali ini kami akan paparkan kisah tiga anak sulung yang gigih berusaha membantu keluarga... Berat mata memandang, berat lagi bahu menggalas bebanan.

Dialu-alukan apa jua bentuk bantuan & cadangan yg membina... kalau boleh kita tidaklah berterusan memberi"ikan", tetapi berusaha membantu mereka menggunakan "kail"..

 

KISAH 1: Tulang Belakang Keluarga dlm Usia 11 Tahun

***Ziarah &info terkini-18Jun 2012..
-kesihatan Azwa masih belum pulih sepenuhnya..kini sedang menjalani rawatan sakit buah pinggang, batu karang dan sakit dada. Malah,akibat sakit buah pinggangnya,memudaratkan saraf matanya pula..
-Azwa & adik2nya masih berulang-alik ke hospital utk rawatan masalah kesihatan masing2
-ibunya masih menunggu bantuan sebuah teksi drp pihak zakat..namun akibat masalah ketiadaan stok teksi, janji ini tinggal janji hampir setahun sudah..

**********************************************************

"Cikgu..saya menjual ni bukan suka-suka..tapi nak tolong mak saya..duit inilah buat belanja saya & adik2 sekolah..." kata Azwa, 11 tahun sewaktu berhadapan dengan guru disiplin kerana menjual di sekolah. Azwa bawa dua beg ke sekolah-satu beg berisi buku, satu beg lagi berisi dadih & kerepek untuk dijual kepada kawan2..kenyataan ini mengundang rasa sebak di hati guru-gurunya...

 ..kesian tengok Azwa..menderita sakit buah pinggang yg memudaratkan organ2 lain termasuk saraf di matanya,Azwa tetap cekal membantu ibunya..tak cukup dgn membawa kerepek ke sekolah pagi & sekolah agama/petang...balik sekolah Azwa berjual pula di taman mainan di kawasan PPRT tempat tinggalnya...Azwa & adik2nya masih lagi ulang-alik hospital buat rawatan. Doktor cakap cermin mata Azwa kena tukar sebab powernya dah berubah..tp ibunya tk mampu..

Di kala anak2 kita merengek2 minta itu & ini… sibuk bermain itu & ini.. Azwa yang sebaya dengan anak2 kita ini sudah menggalas tugas yang berat. Sebagai anak sulung, Azwalah menjadi tempat ibunya berkongsi masalah & bebanan.. hal ini diceritakan sendiri oleh ibu Azwa. Betapa mereka jenuh memerah otak mencari jalan untuk mencari belanja demi sesuap nasi..(kisah Azwa boleh dibaca dlm blog ini-Entri bertarikh Khamis, 27 Oktober 2011)

"Terima kasih pada aunty yang bg spek kt azwa...Azwa janji akan belajar sungguh2...."
Azwa dan keluarga bersama Team Misi Sinar Harapan.
INFO:

Nama: Nur Azwa Shakira, 11 tahun, anak sulung, bersekolah di KAFA al-Insaniah

Adik-beradik: Azrai 8, Azroy 3 

Ibu : Norbaizura, 31 (ibu tunggal) 
Pekerjaan: Tidak menentu, jika ada teksi yang boleh dipinjam, beliau membawa teksi. Sekarang cuba berniaga kecil-kecilan menjual kerepek. 
Alamat: PPRT Lembah Subang, PJ Selangor 

Masalah: Azwa menghidap sakit buah pinggang, menyebabkan matanya hampir buta. Juga menghidapi sakit batu karang. Adik-adiknya juga kerap sakit. Mereka sering berulang-ulang ke hospital untuk mendapat rawatan susulan.
Bantuan pernah diterima melalui Misi Sinar Harapan: Perbelanjaan membuat cermin mata khas & bantuan bulanan susu untuk adiknya melalui Projek Tabung Susu

Cadangan: Mendapatkan pekerjaan bersesuaian untuk ibunya. Ibunya perlukan pekerjaan yang fleksible memandangkan anak-anaknya sering sakit dan perlukan rawatan berterusan.
Bakat & minat- menjahit & memasak.. 


KISAH 2: Yatim Piatu yang Cekal..


"Terima kasih kak & kawan-kawan..maaf banyak menyusahkan.." Amalina, 18


INFO:
Nama: Nur Amalina bt Jali, 18 tahun, Matrik Sains, Kolej Matrikulasi Changlun Kedah
Adik-beradik: Nur Shafira, 16; Muhammad Ameer Shafiq, 14.
Alamat: Kg Padang Mandul, Tumpat, Kelantan

Kematian kedua ibu bapa... Amalina bekerja secara sambilan sebagai pembantu penjaja sewaktu menunggu keputusan SPM & sementara nk ke universiti. Sekarang adiknya, Nur Shafira 16 pula bekerja membantu penjaja sate ikan sementara cuti sekolah.  Asalnya, Amalina hendak menolak tawaran ke universiti kerana ingin bekerja.

Sekarang adiknya masing2 tinggal dengan abang tiri & bapa saudaranya..

Bantuan pernah diterima melalui Misi Sinar Harapan: Bantuan Yuran & perbelanjaan ke Universiti melalui Misi Menara Gading 2012

Cadangan: Bantuan secara berterusan dalam bentuk kewangan (mungkin tajaan wang saku bulanan utk adik-adiknya) & sokongan moral.


KISAH 3: Pelajar Pintar, Anak Nelayan

 
"Kalau balik cuti,saya bantu ayah turun ke laut..." Zulkarnain

"Terima kasih kak & kawan2, saya percaya hanya pendidikan yg mampu mengubah kehidupan kami"   ..laptop sumbangan sahabat2 alam maya..




INFO:

Nama: Zulkarnain Mat Juki  umur 20 sedang belajar di UM jurusan Kejuruteraan Elektrikal. Pelajar pintar.

Adik-beradik: 7 orang (umur 2-20). Adik-beradik cemerlang dlm pelajaran & akhlak yang baik. Adik beliau, Muhammad Faiz, 13 bersekolah di Sek Men. Sains Machang.


Bapa: Mat Juki
Asal:  Kg Siti Manis, Kedai Buluh KB
Pekerjaan: Nelayan..hasil laut yang ditangkap dibahagi2kan pula kepada pemilik bersama bot(bot pusaka). Musim hujan, tidak dapat ke laut.
 
Bantuan yg pernah diterima: Laptop sumbangan rakan2 maya
Cadangan: Bantuan & sokongan berterusan terutama dalam pelajaran untuk beliau & adik-adik



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini