Isnin, 18 Jun 2012

Misi Sinar Harapan: Menelusuri Keluarga Anak2 Menara Gading 2012


Assalamualaikum

Bertepatan dengan prinsip Sanggar Suri yang akan berusaha sedaya upaya untuk turun padang meninjau & melihat sendiri latar belakang para penerima sumbangan, kami sentiasa berdoa & berusaha utk menepati prinsip tersebut. Alhamdulillah kami telah diberikan kelapangan untuk menunaikan hajat kami untuk turun padang melihat sendiri latar belakang keluarga anak2 Misi Sinar Harapan:Menara Gading pada 9&10Jun 2012.

Kisah2 yang dipaparkan di dalam blog Sanggar Suri ini juga akan disenaraikan dalam senarai penerima sumbangan MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1433H/2012M..Insya-Allah


KISAH 1: Keluarga NUR AMALINA

INFO:
Nama: Nur Amalina bt Jali, 18 tahun, Matrik Sains, Kolej Matrikulasi Changlun Kedah
Adik-beradik: Nur Shafira, 16; Muhammad Ameer Shafiq, 14.
Alamat: Kg Padang Mandul, Tumpat, Kelantan
Status: Yatim Piatu & Miskin
Tempat Menumpang Kasih-Abang Zaid (43tahun), Kak Long (Pn Rosmini, 30tahun)
Abang Zaid ialah abang tiri Amalina, abang sulung berlainan ibu. Ibu tiri, iaitu isteri muda arwah ayah mereka juga turut berkongsi kasih bersama wpun sudah kembali ke kampung asalnya. Inilah satu contoh keluarga yang amat erat nilai kasih sayang & tanggungjawab walaupun mereka berlainan ibu tapi tetap mengambil berat antara satu sama lain.   

Alhamdulillah wpun sudah kehilangan ibu bapa, Amalina masih ada tempat menumpang kasih. Abang Zaid & Kak Long (Pn Rosmini) bukan calang2 orang. Mereka bukan sahaja menanggung 4 orang anak yang masih kecil, malah juga menanggung 3 anak yatim piatu (Amalina dan adik2),serta dua anak yatim (adik K'Long). Malah turut bertanggung jawab ke atas 2 lagi adik tirinya & ibu tirinya yang telah pulang ke kampung halaman asalnya setelah kematian ayah mereka.

Hanya orang yang terpilih & berhati mulia sahaja yang sanggup memikul amanah ini. Semoga Allah sentiasa membantu Abang Zaid melaksanakan amanah ini sebaik2nya..amin.


Bersama keluarga Abang Zaid & Kak Long

Abang Zaid dan keluarga

Adik Amalina, Muhammad Ameer Shafiq, 14

Ibu tiri Amalina bersama dua anak yatim yang masih kecil

KISAH 2: Keluarga AISYAH



INFO:
Nama: Siti Aisyah Umira Binti Mohamad Fadzli, 18 tahun,
Asasi Sains Hayat UNIMAS, Sarawak
Adik-beradik:10 orang (2-19tahun)
Alamat: Ayer Lanas,Kelantan
Status: Miskin

Alhamdulillah sejak dibantu dari segi sokongan moral & kewangan melalui Misi Sinar Harapan sejak tahun 2010 keluarga ini sudah semakin kukuh berdiri. Kedua2 ibu bapa mereka gigih berusaha menjalankan perniagaan roti canai, manakala anak2nya pula sudah 2 orang berjaya ke universiti dan mendapat tajaan Misi Sinar Harapan:Menara Gading. Anak2 lain juga terus cemerlang dalam akademik.

Semoga Aisyah & Syifa dapat belajar bersungguh2 dan berjaya, seterusnya berjaya mengubah nasib keluarga mereka. 


Ibu dan bapa Aisyah di gerai roti canainya (gerai disewa, dan hanya jual air&roti canai)

Adik2 Aisyah di hadapan rumah jiran di tepi gerai ibu bapanya


KISAH 3: Keluarga Muhammad Ridzuan


INFO:
Nama: Muhammad Ridzuan Bin Rusdi , 19 tahun,
Seni Reka Grafik &Media Digital,UiTM Chendering
Adik-beradik: 2
Alamat:Kg Sireh,Kota Bharu,Kelantan
Status:Anak yatim, ibu mualaf, Miskin


Ibu Ridzuan, Puan Junira seorang mualaf dan ibu tunggal kematian suami. Ibunya baru pulih drp sakit ketumbuhan dalam rahim, tetapi masih lagi menanggung sakit hepatitis C & sakit belakang. Ibu ini akan berulang-alik ke hospital berjalan kaki sejauh 4km..klu ada duit baru Pn Junira naik kenderaan- teksi sapu.


Pn Junira mengambil upah menjahit pakaian yg siap dipotong oleh majikannya yang memiliki kedai jahit. Pendapatan tidak menentu. Lebih2 lg akibat penyakit yg ditanggungnya mengehadkan kudratnya...Alhamdulillah, majikannya banyak membantu,lebih2 lagi jika berkaitan dengan pelajaran anak2.


keluarga Ridzuan
                   Ridzuan bersama ibunya,pn Junira                      











































































Antara soalan yg ditanya di alam kubur nanti ialah ke manakah harta kita dibelanjakan dan siapakah saudara kita??  Tidak akan berkurang harta kita dengan membantu golongan tidak bernasib ini,malah digandakan Allah rezeki kita, insya-Allah.

..apakah tanggungjawab kita ke atas saudara kita??..semoga nasib mereka terbela...dan kita dapat menjawab di hadapan Allah nanti dengan tenang & senang..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini