Sabtu, 20 Jun 2015

MISI MAHLIGAI MAT DIN : Fasa 2

[ MISI MAHLIGAI MAT DIN ] 
~Misi BANGKIT Pasca Banjir~


**Untuk kisah & gambar sebelumnya sila rujuk Album MISI MAHLIGAI MAT DIN (Fasa 1)

Alhamdulillah pada 04 Jun 2015 lepas kami berpeluang turun sendiri & merasai pengalaman yang mencabar untuk sampai ke tapak binaan. Kami perlu bersedia pada awal pagi untuk menaiki bot, kerana dikhuatiri air surut jika terlambat.
Jika air surut, kami perlu berjalan kaki melalui teluk-teluk kecil yang berlecak di antara pokok-pokok nipah sejauh hampir 500 meter.

Kami bertolak dari Jeti Kok Majid menaiki bot ke Pulau Pantai Baru, sebelum menelusuri sungai melalui Teluk Air Batu yang agak jauh juga perjalanannya dalam 30 minit.

Alhamdulillah... kerja-kerja binaan sedang rancak dijalankan. Kami berasa amat bertuah dan terhutang budi dengan kerjasama kontraktor dan tukang rumah dari Tumboh Studio yang dipimpin En Ad Nan yang tidak berkira membantu kami.
Pada pandangan saya, kudrat digunakan semaksimum mungkin tidak memadai dengan upahnya.

Bak kata kontraktor yang terlibat,"... inilah caranya kami tumpang berbakti..."
Semoga mengalir juga pahala buat mereka yang bersusah payah menjayakan misi ini.

Alhamdulillah..pada saat kami kekurangan dana..sahabat2 setia kami, hadir membantu terutama daripada Sahabat Tiaranita(Persatuan Kakitangan & Isteri TM)& Warga Pelajar & Pendidik UPSI dibawah pimpinan Prof Suhaily. Tidak lupa juga sahabat-sahabat perseorangan yang menderma serendah RM1... semuanya amat bererti bagi kami.
Kalian adalah insan2 ikhlas yang Allah hantar untuk membantu kami dalam usaha membantu orang lain...

Semoga Allah merahmati dam memberkati hidup kailan..amin.

Alhamdulillah..sebahagian besar barang binaan diangkut beransur-ansur ke pulau. Ada yang dibina terlebih dahulu di daratan sebelum diangkut ke pulau.

Bahan binaan dikumpulkan di Jeti Kuala Besar dan dipunggah menggunakan tongkang kecil ke Jeti Pulau Pantai Baru. Kemudian dibawa pula menggunakan bot menelusuri teluk-teluk kecil, kemudian diangkat ke daratan, sebelum dibawa pula ke tapak binaan sejauh 200 meter dengan menggunakan troli khas & tenaga manusia.

UPDATE : 21 JUN 2015 (12.00am)
Jumlah terkumpul: RM26750
Dana masih diperlukan: RM5250

ALHAMDULILLAH… pembelian dan pengumpulan bahan pembinaan dbuat beransur-ansur. Begitu juga kos tenaga kerja yang dibayar beransur-ansur.

Kos tambahan tenaga kerja untuk mengangkat barang daripada jeti ke jeti dan seterusnya ke daratan juga meningkatkan kos pembinaan.

Serahan dana telah dilakukan pada:

Bayaran 1: 9Mei (RM5000)
Bayaran 2: 10Mei (RM5000) 
Bayaran 3: 19 Mei 2015(RM3500)
Bayaran 4 : 01 Jun 2015 (RM3500)
Bayaran 5 : 15 Jun 2015 (RM3500)
Bayarn 6 : 20 Jun 2015 (RM1384)-baki upah angkat barang

JUMLAH PERBELANJAAN: RM21884
Baki di tangan : RM4866

Anggaran Perbelanjaan & Kos Pembinaan : RM32 000

RUMAH campuran batu & kayu
-keluasan 20'x25'
-2 bilik tidur, satu tandas
- tiang tinggi (batu)
- kerangka rumah besi
- dinding simen board
- tandas batu
- kos termasuk brg smpai jeti di pulau
-tambang tongkang & bot
-upah tenaga kerja angkut barang

Sokongan & bantuan sahabat-sahabat amat dialu-alukan… 
Kita masih perlukan RM5250 lagi untuk menjayakan Misi ini.. 
Teruskan bersama kami bantu mereka untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih baik..!!

Bantuan dan sokongan sahabat amat diperlukan...

Hubungi kami untuk bersama berkongsi pahala, insya-Allah..



Menelusuri sungai melalui Teluk Air Batu dikelilingi pokok-pokok nipah. Alhamdulillah dapat merasai sendiri cabaran & pengalaman untuk sampai ke tapak binaan
 
 

Atap sumbangan sahabat
Simen board untuk dinding




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini