Ahad, 31 Mei 2015

Misi BANGKIT Pasca Banjir : MISI MAHLIGAI MAT DIN

Misi BANGKIT Pasca Banjir dilancarkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas kehidupan mereka untuk bangkit semula mulakan hidup baru. Salah satu Misi penting yang kami fokuskan ialah MISI MAHLIGAI-membantu membaik pulih & membina rumah mangsa banjir..

SEBUAH KISAH MAHLIGAI MAT RUDIN..

kisah sebelum ini boleh dibaca di SINI

[ MISI MAHLIGAI MAT DIN ] 
~Misi BANGKIT Pasca Banjir~

UPDATE : 27 MEI 2015 (2.00 ptg)
Jumlah terkumpul: RM16350
Dana masih diperlukan: RM13650

ALHAMDULILLAH… pembelian dan pengumpulan bahan pembinaan dbuat beransur-ansur.
Serahan dana telah dilakukan pada 9Mei (RM5000),10Mei (RM5000) dan 19 Mei 2015 (RM3500).

Bahan binaan dikumpulkan di Jeti Kuala Besar dan dipunggah menggunakan tongkang ke Jeti Pulau Pantai Suri. Para sukarelawan kemudian bergotong-royong membantu mengangkat ke daratan, sebelum dibawa pula ke Pulau Pantai Baru.

Sokongan & bantuan sahabat-sahabat amat dialu-alukan… 
Kita masih perlukan RM13650 untuk menjayakan Misi ini.. Teruskan bersama kami!!

****************************************************************************************

TARIKH: 14 MEI 2015
DESTINASI: Jeti Kuala Besar ke Pulau Pantai Baru, Tumpat

ALHAMDULILLAH...

Trip pertama - pembelian & penghantaran bahan binaan. Tongkang digunakan untuk mengangkut bahan binaan dari Jeti Kuala Besar ke Jeti Pulau Pantai Suri..
Sebelum dipunggah pula oleh sukarelawan ke Pulau Pantai Baru..
Tongkang & bot besar tidak dapat menyelusuri anak-anak sungai yang cetek & kecil untuk ke Pulau Pantai Baru..









TARIKH: 21 MEI 2015
DESTINASI: Pulau Pantai Baru, Tumpat

Proses gotong-royong mengangkat bahan-bahan binaan dari jeti ke tapak binaan. Tenaga manusia diperlukan kerana tiada kenderaan lain yang ada di pulau yang boleh digunakan untuk mengangkut barang..





TARIKH: 27 MEI 2015
DESTINASI: Jeti Kuala Besar & Pulau Pantai Baru, Tumpat

ALHAMDULILLAH...

Trip KEDUA - pembelian & penghantaran bahan binaan. Tongkang digunakan untuk mengangkut bahan binaan dari Jeti Kuala Besar ke Jeti Pulau Pantai Baru.

















TARIKH: 25 MEI 2015
DESTINASI: Bengkel Kota Bharu..

ALHAMDULILLAH...

Pembelian bahan-bahan dikumpulkan sebelum dihantar ke pulau. Proses memasang kerangka struktur besi dilakukan di bengkel di daratan sebelum dibawa ke pulau..





Alhamdulillah...

Sumbangan atap oleh Malaysian Steel Institute (MSI) melalui program CIDB Build Brigade dengan penggiat industri.

Terima kasih En Rosdan Teh & En Burhanuldin Mohammad dan semua yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini