Selasa, 2 Jun 2015

MISI RAMADAN & SYAWAL 1436H / 2015M


[ MISI RAMADAN & SYAWAL 1436H / 2015M ]
Assalamualaikum
Alhamdulillah Misi Sinar Ramadan & Syawal 1436H/2015M insya-Allah dapat dilancarkan pada pertengahan Syaaban seperti tahun-tahun lepas.
Insya-Allah Misi Ramadan Syawal akan diteruskan sebelum dan sepanjang bulan Ramadan demi membantu saudara se-Islam yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan persediaan menyambut Ramadan & Syawal.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa, insya-Allah..
Antara Misi yang dijalankan:
1. Misi Bakul Ramadan
2. Misi Juadah Berbuka
3. Misi Bakul Syawal
4. Sepasang Baju Baru di Aidilfitri

Antara kawasan yang akan dibantu:
1. Sabah
2. Selangor/KL
3. Perak (Teluk Intan, Taiping, Lenggong)
4. Kelantan (keutamaan di kawasan mangsa banjir)

Sekiranya ada sahabat yg berhajat untuk membayar fidyah atau menunaikan zakat; atau bersedekah boleh hubungi kami. Insya-Allah kami boleh tolong sampaikan...
Nyatakan juga Misi yang dipilih: "Barangan Dapur", "Juadah", "Baju Baru"
Insya-Allah mulai esok 03 JUN 2015 agihan Bakul Barangan Dapur-bekalan makanan untuk persediaan Ramadan bagi fakir miskin akan dilaksanakan bermula di Kg Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan.
Sokongan sahabat-sahabat amat dialu-alukan.. Insya-Allah maklumat Misi sebelum & sepanjang Ramadan akan sentiasa dikemas kini ...

Maklumat lanjut:
Blog: Sanggar Suri
FB: Elly Nizam Elly EksekutifSuri
Fanpage: Serunding Berkat&Doorgift
WA/Telegram: 0123614014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini