Rabu, 17 Jun 2015



[ MISI RAMADAN & SYAWAL 1436H / 2015M ]
Assalamualaikum

Ramadan Kareem...

Selamat Menyambut Ramadan yang mulia daripada Sahabat Sanggar Suri..

Alhamdulillah Misi Sinar Ramadan & Syawal 1436H/2015M selamat dilancarkan pada pertengahan Syaaban lalu, seperti tahun-tahun lepas.
Insya-Allah Misi Ramadan Syawal akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan demi membantu saudara se-Islam yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan persediaan menyambut Ramadan & Syawal.

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa, insya-Allah..
Antara Misi yang dijalankan:
1. Misi Bakul Ramadan.
2. Misi Juadah Berbuka
3. Misi Bakul Syawal.
4. Misi Sepasang Baju Baru di Aidilfitri
Antara kawasan yang akan dibantu:
1. Sabah
2. Perak
3. Kelantan
4. Selangor
5. Pulau Pinang

Sekiranya ada sahabat yg berhajat untuk menghulurkan sumbangan boleh hubungi kami. Insya-Allah kami boleh tolong sampaikan...
Nyatakan juga Misi yang dipilih sama ada "Bakul", "Juadah", "Baju Baru"
Insya-Allah Fasa Pertama bermula 03 JUN 2015 melibatkan agihan Bakul Ramadan-Barangan Dapur-bekalan makanan untuk persediaan Ramadan bagi fakir miskin telah dilaksanakan bermula di Kg Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan.
Sokongan sahabat-sahabat amat dialu-alukan.. Insya-Allah maklumat Misi sebelum & sepanjang Ramadan akan sentiasa dikemas kini .

Maklumat lanjut:
Blog: Sanggar Suri
FB: Elly EksekutifSuri
Fanpage:Serunding Berkat&Doorgift
WA/Telegram: 0123614014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini