Isnin, 27 April 2015

Misi BANGKIT Pasca Banjir : MISI MAHLIGAI MAT DIN

Misi BANGKIT Pasca Banjir dilancarkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas kehidupan mereka untuk bangkit semula mulakan hidup baru. Salah satu Misi penting yang kami fokuskan ialah MISI MAHLIGAI-membantu membaik pulih & membina rumah mangsa banjir..

SEBUAH KISAH MAHLIGAI MAT RUDIN..

[ MISI MAHLIGAI MAT DIN ] 
~Misi BANGKIT Pasca Banjir~

UPDATE : 27 MEI 2015 (2.00 ptg)
Jumlah terkumpul: RM16350
Dana masih diperlukan: RM13650

ALHAMDULILLAH… pembelian dan pengumpulan bahan pembinaan dbuat beransur-ansur.
Serahan dana telah dilakukan pada 9Mei (RM5000),10Mei (RM5000) dan 19 Mei 2015 (RM3500).

Bahan binaan dikumpulkan di Jeti Kuala Besar dan dipunggah menggunakan tongkang ke Jeti Pulau Pantai Suri. Para sukarelawan kemudian bergotong-royong membantu mengangkat ke daratan, sebelum dibawa pula ke Pulau Pantai Baru.

Sokongan & bantuan sahabat-sahabat amat dialu-alukan… 
Kita masih perlukan RM13650 untuk menjayakan Misi ini.. Teruskan bersama kami!!

****************************************************************************************
Mat Rudin atau lebih dikenali sebagai Mat Din...seorang lagi WIRA TAK DIDENDANG yang banyak membantu kami, & NGO lain di pulau-pulau sekitar Tumpat sejak sebelum banjir lagi.
Bayangkan...bagaimana hati kecil Mat Din.. tiap kali mengangkat barang2 binaan untuk membina rumah orang lain, sedangkan diri sendiri pun tiada tempat tinggal yang sempurna?

MAT RUDIN B MAT HUSSAIN, 43 tahun, 
Wira tak didendang yang banyak membantu penduduk pulau

Tapak rumah Mat Din (tanah bapanya)
Kandang kambing di belakang akan dirobohkan.

MAT RUDIN B MAT HUSSAIN, 43 tahun, Isteri, Umi Kalsom Kambau seorang mualaf dari Thailand. 
Mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah, Mohd Aizat,15 tahun dan Nur Amalin Anis,12 tahun. Bekerja sebagai nelayan yg mempunyai pendapatan tidak menentu.
Sebelum ini mereka menumpang di rumah adiknya di Pantai Baru yang hampir roboh akibat banjir. Oleh kerana rumah itu tidak sesuai dihuni oleh dua keluarga, mereka berpindah menumpang tinggal di bawah rumah(stor) burung walid seorang taukeh Cina di Pantai Suri. Pada awalnya taukeh tersebut memberinya RM300.00 sebulan sebagai upah menjaga sarang burung walid. Namun, setelah beberapa bulan taukeh itu telah menjual kawasan tersebut kepada orang lain. Dia telah diberi notis secara lisan untuk keluar dari rumah tersebut yang berakhir OKTOBER 2015 ini.
Keaadaan di bawah rumah burung walit yang terdedah tanpa dinding. Meja disumbangkan pihak sekolah

Keaadaan di bawah rumah burung walit yang terdedah tanpa dinding. Meja disumbangkan pihak sekolah


Antara ruang yang dijadikan bahagian dapur

Antara ruang yang dijadikan bilik..

sumber air tadahan hujan

tandas keluarga mereka..tidak sempurna

persekitaran rumah burung walit

tapak rumah baru Mat Din
Usaha membantu Mat Din mendapatkan rumah sendiri, sudah lama kami jalankan sejak awal tahun lagi. Kami juga ada berbincang dengan NGO lain yang ada projek membina rumah, untuk mangsa banjir..tapi mereka juga tidak dapat membantu kerana kesukaran membawa bahan binaan ke kawasan ini, lebih-lebih lagi bahan binaan untuk rumah pasang siap yang bersaiz besar.

menaiki bot menyelusuri sungai-sungai kecil untuk sampai ke tapak rumah 

menaiki bot menyelusuri sungai-sungai kecil untuk sampai ke tapak rumah


Rintangan yang besar, apabila air surut dan bot tidak dapat melalui laluan ke pulau, menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke pulau tersebut sejauh lebih kurang 500 meter.

Kami terus berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Tukang-tukang rumah yang kami temui kebanyakan meletakkan harga yang tinggi di luar kemampuan kami. Harga bahan-bahan binaan juga melambung tinggi, ditambah pula dengan kos pengangkutan. Plan rumah dan anggaran kos binaan beberapa kali ditukar agar mampu menepati budget kami.
Dalam erti kata yang lain, sudah banyak air mata & keringat tumpah di sebalik usaha membina rumah Mat Din ini..rasa sayu, sedih kadang-kadang hampir putus asa, namun digagahi juga demi memenuhi harapan rakyat marhaen yang menaruh harapan tinggi pada kami.
Bulan puasa yang makin hampir, tambahan pula notis keluar rumah juga tinggal beberapa bulan, ditambah pula musim air surut yang hampir tiba yang menyukarkan perjalanan ke pulau antara penyebab usaha ini perlu dipercepatkan..
Alhamdulillah... seperti biasa, Allah hantar bantuan-Nya melalui insan-insan ikhlas berhati mulia yang secara sukarela membantu meringankan beban amanah ini.
Pelukis plan team kami Fiz Varna secara sukarela menawarkan khidmatnya, walaupun terpaksa berulang kali mengubah suai lukisan plan rumah Mat Din.
Manakala Prof Suhaily Yusri Che Ngah & team ResQ UPSI sewaktu lawatannya ke pulau,bersama tukang rumah team ResQ UPSI meninjau kawasan & membantu
membuat anggaran kos binaan.
Seterusnya, pencarian tukang yang sesuai, yang lebih memahami usaha & misi kami menemukan kami dengan En Adnan dari Muntari Setia Bina. Beliau turun sendiri meninjau kawasan binaan. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi, termasuk menaiki bot menyelusuri sungai-sungai kecil. Rintangan yang besar, apabila air surut dan bot tidak dapat melalui laluan ke pulau, menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke pulau tersebut sejauh lebih kurang 500 meter.
Itulah antara cabaran untuk membina rumah di pulau-pulau di Kepulauan Tumpat ini menyebabkan kos binaan melambung tinggi.
Alhamdulillah akhirnya plan rumah dan anggaran kos bina rumah terhasil selepas beberapa kali melalui sesi perbincangan dan pengubahsuaian. Rumah tiang tinggi perlu dibina di situ memandangkan kedudukan tapak binaan di kawasan berdekatan sungai & berisiko banjir..
Insya-Allah kami akan berusaha dapatkan khidmat sukarelawan tempatan di bawah seliaan Sahabat SANGGAR SURI Tumpat- WE CARE pimpinan Puan Faizah QemerZaman Yong untuk mendapatkan khidmat sukarela bergotong-royong mengangkat bahan binaan dari jeti ke jeti seterusnya ke tapak binaan dengan berjalan kaki.
Dengan cara ini, di samping menjimatkan kos pengangkutan, diharap dapat menyemaikan sifat saling membantu antara satu sama lain.

Lukisan 3D disediakan oleh En Adnan..





Plan pertama lakaran Mat Din. Dibawa kemana-mana dan ditunjukkan kepada orang lain. Betapa terujanya dia untuk dapatkan rumah baru..

Antara plan yang diubah suai beberapa kali untuk menyesuaikan dengan budget dan keadaan pulau...

Disediakan oleh Fiz Varna

Antara plan yang diubah suai beberapa kali untuk menyesuaikan dengan budget dan keadaan pulau...

Disediakan oleh Fiz Varna


Plan lakaran tukang dari Sahabat ResQ UPSI


Plan lakaran tukang dari Sahabat ResQ UPSI


Anggaran Kos Binaan : RM30k
RUMAH campuran batu & kayu
-2 bilik tidur, satu tandas
- tiang tinggi
- kerangka rumah besi
- dinding simen board
- tandas batu
- kos termasuk brg smpai jeti di pulau
Semoga Allah bukakan hati insan-insan ikhlas berhati mulia untuk membantu kami membantu mereka... Dengan terbinanya rumah ini, kita bukan sahaja dapat sediakan tempat berteduh buat mereka, malah anak-anak dapat belajar dengan lebih tenang & selesa,malah mereka dapat beribadah dengan lebih sempurna insya-Allah. Lebih-lebih lagi di bulan puasa yang hampir tiba..
Berkat berjemaah insya-Allah Mahligai Mat Din akan menjadi kenyataan & harapan tertunai.
Teruskan bersama kami membantu mereka....
Untuk infaq:
Malayan Banking Berhad No. Akaun : 564593050270
Nama : Norlaili Talib
Email: eksekutifsuri@yahoo.com.my @ sms 012-3614014
Nota: "Misi BANGKIT"
Perjalanan Misi kami boleh diikuti di:
fb: Elly EksekutifSuri
blog: Sanggar Suri.
WA/Telegram: 012-3614014
Jazakumullah khairan kathira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini