Khamis, 9 Julai 2015

MISI MAHLIGAI : BANTUAN ATAP

Rasa sayu sering menerpa hati ini setiap kali melihat kesusahan orang lain, terutama mereka yang terpaksa tinggal di rumah-rumah yang tidak sempurna...

Kami cuma mampu berikan harapan.."..akan berusaha, tapi tak janji"... itulah kata-kata yang mampu kami berikan..dan mereka terus berharap.

Analogi yang menekankan betapa pentingnya kerja berjemaah dalam misi kebajikan, iaitu umpama sebuah RUMAH menjadi pegangan kami dalam perjuangan ini. Seandainya kita tidak mampu menjadi dinding yang melindungi penghuninya atau atap tempat berteduh daripada hujan dan terik mentari, cukuplah kita menjadi tingkap kecil yang menjadi laluan angin menyejukkan penghuninya...

Itulah pegangan kami...mungkin sukar untuk kami dirikan sebuah rumah untuk mereka tapi sekurang-kurangnya kami usahakan untuk dapatkan atap baru menggantikan atap-atap rosak yang tiris tatkala hujan..

Alhamdulillah..berkat kerja berjemaah 3 buah rumah sudah dapat dibaiki selepas banjir baru-baru ini, dan kini Allah hantar lagi bantuan melalui insan-insan yang ikhlas....yang berjaya membantu hampir 20 keluarga..

Terima kasih tak terhingga buat Puan Azura Abdullah EnNouzor C Omar & En Burhanuldin Mohammad yang berikan laluan, En Rosdan Teh sebagai penyelaras bantuan juga kepada penggiat-penggiat industri yang menyalurkan sumbangan melalui CIDB..

Jutaan penghargaan buat Sahabat Sanggar Suri Gua Musang, En Azman dan Sahabat Sanggar Suri Kelantan yang dibarisi anak muda Visi Hanif RP yang dipimpin Mie Gstk..sumbangan masa & kudrat kalian dari awal pagi hingga jauh malam menguruskan proses penerimaan & agihan atap ke hampir 20 Destinasi dalam 4 daerah di Kelantan amat dikagumi..dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..

Semoga sahabat2 terus istiqamah membantu kami untuk membantu mereka.... biarpun hanya sekadar "menjadi sebatang paku yang meneguhkan tiang seri!!!"

Destinasi & Jumlah Atap diterima:

1. Tumpat
(3 keluarga)
Kg Pasir Pekan 50 keping
Pulau Pantai Suri 50 keping
Pulau Dollah 50keping

2.Rantau Panjang & Pasir Mas.
380 keping (10 keluarga)

3. Kg Manik Urai, Kuala Krai
30 keping (1 keluarga)

4. Gua Musang
Kg Limau Kasturi.

190 keping (5keluarga)

JUMLAH SUMBANGAN ATAP: 750 keping

Penyerahan atap oleh Sahabat Rosdan Teh mewakili CIDB Build Brigade.. kepada Sanggar Suri yang diwakili Sahabat MieGstk. 

Proses mengangkat atap ke atas lori..

Tarikh: 07 Julai 2015
Destinas 1: Kuala Besar, Kota Bharu

Atap diturunkan di destinasi pertama-Jeti Kuala Besar. Diangkut pula dengan bot untuk dihantaar ke Pulau Pantai Suri & Pulau Dollah.
 

Penerima 2: DAUD BIN LATIF
KAMPUNG PULAU DOLLAH,TUMPAT. KELANTAN

Kerja buruh (pengupas kelapa)
Anak 8
Sekolah 3orang


Penerima 1:
Abdullah b Ibrahim
Kg Pantai Suri, Tumpat, Kelantan

Pekerjaan: Tukang kebun sekolah
 












Atap diturunkan di destinasi pertama-Jeti Kuala Kubu Besar. Diangkut pula dengan bot untuk dihantaar ke Pulau Pantai Suri & Pulau Dollah.



Proses mengangkat atap ke atas lori..









Penerima 2: DAUD BIN LATIF
KAMPUNG PULAU DOLLAH,TUMPAT. KELANTAN

Kerja buruh (pengupas kelapa)
Anak 8
Sekolah 3orang

Keperluan
-baiki rumah yang usang terutama dapur yang rosak akibat banjir




[ MISI BANTUAN ATAP ]
~Misi Mahligai~

Tarikh: 08 Julai 2015
Destinasi 2: Kg Limau Kasturi, Gua Musang

Penerima 4: M Bakri b Arifin

Buruh, mesin welding yang merupakan peralatan utama telah ditenggelami air..

Anak 9 (4-27tahun)

3 tidak bekerja
2 buruh & KTM
1 siswa Univ Malaysia Sarawak
2 anak masih bersekolah
1 belum bersekolah

Status:
Rumah rosak semasa banjir.
Kini bina sendiri sedikit-sedikit


Gambar sewaktu ziarah 3 Jun 2015
Destinasi 2: Kg Limau Kasturi, Gua Musang

Penerima 5

Taib bin Daud, 60 tahun
anak 11 (umur 10-33)
4 anak bekerja kampung
1 anak sakit buah pinggang kronik & terpaksa berulang-alik ke hospital

Status:
Rumah hanyut banjir.
Masih tinggal dalam khemah dan bangsal sementara di kawasan hutan, perlu berjalan kaki meredah semak samun sejauh 300 meter dari jalan raya ke rumahnya

Keperluan:

Bina rumah baru yang lebih sempurna

(nama tidak tersenarai untuk bantuan rumah)

MISI - Bina rumah
Luas anggaran 25 x 30

Keperluan lain (anggaran):
1. Atap : sudah ada bantuan
2. Simen : 45 paket
3. Pasir : 2 lori
4. Bata : 5 palett



Gambar sewaktu ziarah 3 Jun 2015
Destinasi 3: Kg Limau Kasturi, Gua Musang

Penerima 4
Rozali Mamat, 70 tahun
anak 7
1 anak kerja kerajaan
3 anak bekerja kampung
2 anak masih bersekolah

Status:
rumah bertiang roboh jatuh ke tanah
MISI - Bina rumah
Luas anggaran 25 x 30

Keperluan lain (anggaran):
1. Atap : sudah ada bantuan
2. Simen : 45 paket
3. Pasir : 2 lori
4. Bata : 5 pallet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini