Khamis, 9 Februari 2012

Misi Sinar Harapan : Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan utk Kita



Assalamualaikum

Sering orang bertanya:

"Kenapa susah2 tolong orang miskin..kerajaan kan ada?"
"Kenapa beri 'ikan' tak beri 'kail'..?
"Kenapa asyik duk tolong mereka, nanti mereka malas..?"

Jawapan kami:

"Kenapa perlu tanya apa yg sudah kerajaan buat...kenapa perlu tunding salah orang itu orang ini...tanyalah pada diri sendiri..apakah yg telah kita lakukan demi membela nasib saudara kita ini?"

"Kalau hanya 'ikan' yg mampu kita bagi, setakat 'ikan' yang kita sumbangkan, setidak2nya ada juga makanan utk mereka sekadar cukup sebulan dua, drp mereka kelaparan mengharap 'kail' yang tk kunjung tiba... jika saudara ada cara mendapatkan 'kail' tolong kongsikan.."

...apalah gunanya usul tanpa tindakan..bagai debu diterbangkan angin..

Apapun ikhlas itu apabila kita tenang dan puas dengan apa yg kita lakukan... tidak penat & tidak terguris oleh apa2 cabaran & hinaan yg mendatang..

Sesungguhnya kami benar2 terharu dengan ukhwah tanpa sempadan yang Allah bina utk mengikat persahabatan kita..tanpa nama persatuan @ apa2 gabungan, tanpa fahaman politik, kadang2 tanpa mengenal bangsa & agama...tapi Allah campakkan kasih sayang & kepercayaan dalam hati kita..demi memperjuangkan satu matlamat:

"Misi Sinar Harapan : Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan utk Kita"

Jawatan ini diamanahkan Allah...tugas ini perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, ikhlas & istiqamah..kerana kami berkhidmat dengan Allah. Allahlah saksi kami..dan Allah jugalah yg mengaudit kerja2 kami..

Semoga Allah merahmati & memberkati usaha & rezeki kita... tiada lain yg diharapkan. Sama2 tunaikan harapan mereka..harapkan keberkatan utk kita...moga dapat jadi bekal menghadap yg Maha Esa di akhirat nanti...

Terima kasih semua...yang telah membantu memberi sinar baru pada mereka.

Ikutilah perkembangan kehidupan golongan asnaf yang pernah disiarkan dalam blog SanggarSuri dan sahabat seperjuangan En Jamaluddin jamalhassim.blogspot.com

Alhamdulillah kehidupan mereka semakin baik...Sinar Baru menyinari kehidupan mereka...yang tk terbela kini terbela, yg tak ada api air kini dah ada, yang rumah nk runtuh, kini bahagia di rumah baru..yang tak mampu ke sekolah & universiti kini tenang bergelar pelajar & siswa..































 

1. Opah Hasnah & 12 Cucu
Antara kisah keluarga terawal disiarkan (2006)

Dulu tinggal bersesak2 dlm 1 rumah kecil, tiada pembelaan dan 8 drp cucunya tidak bersekolah disebabkan surat beranak yg tidak lengkap..bertahun2 Opah berjuang utk hak cucu2nya..

Kini...Alhamdulillah kehidupan Opah semakin baik, hanya tinggal 2 orang yg tidak bersekolah. Walaupun bertambah cucu menjadi 19 orang, tapi hanya 9 orang sahaja yang bertaraf asnaf (anak yatim & anak yang ditinggalkan)
Rumah yang sedia ada dapat dibeli dengan tambahan rumah sebelah(2 lot) dan ruang depan yang disambung..











2.Keluarga K'Azizah-disiarkan pd Rabu, 27 Januari 2010

Ulangkaji Bertemankan Lampu Jalan, Minum Air Hujan

Dulu keluarga K'Azizah menumpang di kedai tinggal yang kecil, tanpa air & api. Dengan bantuan sahabat2 pam air telah dipasang seminggu selepas kisahnya disiarkan.












Kini.
.2011..K'Azizah sudah selesa tinggal di rumah baru lengkap keperluan asas...Terima kasih pada sahabat yg usulkan masalah ini kepada pihak berwajib...Alhamdulillah.










3. Keluarga Abang Tan (En Hamdi)-disiarkan Selasa, 6 April 2010

Dulu..tinggal di rumah kecil bersama 9 anak. Telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagiannya.











Kini.
.2011..kini A'Tan sudah selesa tinggal di rumah baru lengkap keperluan asas...Terima kasih pada sahabat yg usulkan masalah ini kepada pihak berwajib...Alhamdulillah....Anaknya juga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti atas bantuan yuran & belanja drp sahabat2 melalui dana Misi Menara Gading...Alhamdulillah.











4. Keluarga En Azlan-disiarkan dlm blog sahabat d'Redang 26 Mac 2011


DULU- tinggal di rumah usang bersama 5 orang anak










Kini.
.2011..En Azlan selesa tinggal di rumah baru lengkap keperluan asas...Alhamdulillah.

...Terima kasih pada sahabat yg usulkan masalah ini kepada pihak berwajib...





5. Rumah A'Yusuf- disiarkan Selasa, 6 April 2010

Dulu....
selepas rumah usang abang yusof di timpa pokok durian , 80 peratus rumahnya rosak teruk, ada pihak yang memberi bantuan sebuah rumah berukuran 14 X 16 kaki persegi, tanpa bilik tinggal bersama 6 anak.














Kini.
.selepas beberapa hari kisahnya disiarkan..sahabat2 telah salurkan dana utk baik pulihkan rumahnya...Alhamdulillah














6. 10 feb 2010 Kisah Kak Jah disiarkan di Sanggar Suri&d'Redang

Dulu..K'Jah tinggal di rumah pusaka usang yang hampir roboh... terpaksa pula mengangkut air dari parit yg agak jauh dari rumah utk kegunaan di rumah kerana tiada bekalan air.
Selepas beberapa hari, sahabat2 telah salurkan dana utk memasang pam&paip air di rumah K'Jah













Kini
..Kak Jah hidup selesa di rumah yg telah dibaik pulih & di dalamnya dilengkap perabot yang disedekahkan oleh sahabat2...Alhamdulillah













insya-Allah akan diupload lagi gambar2 keceriaan setelah Misi tertunai. Semoga kita juga tumpang merasa kegembiraan ini.. inilah hasil kuatnya ukhwah kita & sama2 berusaha membantu mereka yg memerlukan.. tidak lupa juga bersama iringi setiap misi kita ialah..pertolongan ALLAH swt..

Alhamdulillah..terima kasih semua..

2 ulasan:

  1. Tahniah kak, Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dapat juga hidup mereka ni berubah ke arah kebaikan....Allah saja yg dapat membalas kebaikan pihak yg terlibat...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..bukan usaha akak sorang..tapi kita semua..semoga lebih ramai dapat kita bantu. dan harapnya yang telah berjaya akan bantu yg lain pula..

    BalasPadam

Sila titipkan ulasan anda di sini