Jumaat, 17 Februari 2012

Misi Sinar Harapan : Ziarah&Sedekah-P.Mas & Perkampungan Nelayan KB

Assalamualaikum

I
nsya-Allah Misi Sinar Harapan: Ziarah&Sedekah ke perkampungan nelayan di Kota Bharu, Kelantan akan diteruskan pada 17 Mac 2012.

Dialu-alukan penyertaan sahabat2, sama ada dalam bentuk tenaga, masa @ harta.Jemput sama2 kami turun padang.. sokongan sahabat2 diperlukan..

Tarikh: 17 Mac, 2012 (Ahad)
Masa : 11pagi-2ptg
Tempat: Perkampungan nelayan-Kg Siti Manis & Pulau Hj Mat, Kota Bharu, Kelantan

Program:

1. Majlis penyampaian bantuan basikal untuk anak2 fakir miskin
2. Ziarah & Sedekah - rumah ke rumah, 10 keluarga fakir miskin.

Tempat berkumpul:

Gerbang Sultan Ismail Petra, depan Masjid Negeri , Kota Bharu
Masa: 10.15pagi

Sumbangan Sedekah:

Alhamdulillah sebahagiannya telah tertunai:

1. 10 buah Basikal (sahabat FB-dr Amerika)
2. 10 helai Sejadah (sahabat dr Rantau Panjang, Kelantan)
3. 5 pasang Telekung (sahabat FB-usahawan telekung online)
4. 5 pasang Telekung (sahabat Fb-dr Johor)
5. 8 beg Telekung (sahabat UmmikuSayang, tinggal d Dubai)
6. 10 kampit beras 10 kg (sahabat ex-semesdians & HUSM)

Dana masih diperlukan untuk membeli barangan dapur & makanan utk 10 keluarga. Insya-Allah kalau ada rezeki, sedikit jamuan ringan disediakan utk Majlis Penyampaian Basikal.

Anggaran kos barangan dapur: RM70 x 10 keluarga = RM700
Anggaran Jamuan Ringan Majlis Penyampaian = RM200

Jika dana yg dikumpulkan melebihi anggaran, jumlah keluarga yg perlukan bantuan akan ditambah.

Untuk maklumat lanjut:

Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
FB: EllyNizam

Terima kasih pada sahabat yg memberikan sokongan, semoga Allah melipatgandakan rezeki tuan puan & memberkati kehidupan.


************************************************************************************



Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan










Assalamualaikum

Alhamdulillah Misi Sinar Harapan Ziarah&Sedekah sempena Maulidurrasul pada 5&6Feb telah dapat dilaksanakan. Jutaan terima kasih pada sahabat yg membantu menjejaki saudara kita yg memerlukan perhatian kita demi membantu sesama Islam..

Kampung2 yg kami ziarah: Sekitar Kg Bemban ,Kelar, P.Mas & Pantai Mek Mas- Kg Siti Manis (Kedai Buluh, KB) & Kuala Besar, KB.

Terima kasih kepada Puan Suzana&En Mazli serta Pn Rohaya (Pasir Mas) dan Ust Fathan, En Mohamad b Sulaiman serta penghulu En Ab. Rahman & isteri (Kota Bharu). Jua terima kasih tk terhingga buat ahli keluarga yg tak pernah berhenti memberikan sokongan, bonda Hjh Jamaliah Noraini, adik2-Noranita&Hafiz, suami dan anak2...semoga Allah terima usaha kita ini sebagai bekal di akhirat nanti.










Jutaan terima kasih juga pada pemberi zakat & penderma yg baik hati. Sumbangan kalian sudah selamat kami agih2kan pada mereka yg berhak. Semoga Allah memberkati & menggandakan rezeki sahabat2..

Berbekalkan sumbangan zakat&sedekah sahabat2 sebanyak RM2190 kami belikan/sediakan 7 kampit beras Siam, 20 paket gula, 20 paket tepung gandum, 4 set KFC (family), 9 set hamper(milo, 2 tin susu pekat, 1 tin aneka biskut, biocafe, teh, jeli, sejadah) dan wang tunai RM100 utk 9 keluarga & RM250 utk seorang pelajar&keluarganya.

Kg Siti Manis, Kedai Buluh KB(Kawasan Nelayan)-6Feb 2012
































































Kg Bemban, Kelar, P.Mas 05 Feb 2012


























































Salah satu sebab kami perlu turun padang, kerana kami ingin lihat sendiri apakah keperluan mereka..cerita2 tiada makanan @ makan sekali sehari sudah kalis di telinga kami. Tapi sesuatu yg kami kagumi, mereka tetap gigih berusaha & tidak pernah berputus asa dan tawakkal pada Allah.

















Kebanyakan keluarga yg kami temui memiliki "harta" anak yg ramai..dan "harta" ini ditatang dengan penuh tanggungjawab...mereka cemerlang dlm pelajaran&agama. Tanpa menghadiri kelas2 tuisyen, tanpa makanan yg enak2 dan berlambak2..mereka tetap berupaya menggapai kejayaan..

Antaranya keluarga nelayan En Mat Zuki yg memiliki 7 orang anak berumur antara 2-20 tahun. Yang sulung, Zulkarnain 20 sedang belajar di UM jurusan Kejuruteraan Elektrikal. Mendapat keputusan cemerlang(4.0) semasa peperiksaan matrikulasi baru2 ini. Dan pada hari ziarah kami itu, adiknya Muhammad Faiz, 13 sedang bersiap2 utk memulakan persekolahan di Sek Men. Sains Machang.

Sekiranya ada yg ingin membantu, Zulkarnain amat memerlukan laptop utk melancarkan proses pembelajarannya.












Kami juga tersentuh melihat anak2 nelayan yang rajin ke sekolah wpun ada antaranya terpaksa berjalan kaki hampir 3km merentasi persisiran pantai yg panas menuju ke pengkalan & perlu menaiki bot tambang pula utk ke seberang Sg Kelantan (kawasan muara).

Semasa mendekati anak2 ini utk dihulurkan buah tangan yg kami bawa, mereka tampak keletihan teramat sangat menahan panas&lelah..baru berusia 9 tahun, tp tetap cekal. Malangnya, akibat tergamam kami lupa mengambil gambar mereka..cuma sempat mengambil gambar pengkalan tempat mereka menaiki bot tambang utk pulang ke rumah..

















insya-Allah kami bertekad untuk ke sana lagi..kali ini kami akan berusaha mendapatkan bantuan basikal utk mereka. Insya-Allah 17 Mac 2012, cuti sekolah nanti kami akan ke sana lagi. Pada sahabat yg ingin turut serta sama ada bersama2 turun padang @ memberi sumbangan amat dialu2kan.

Semoga Allah permudahkan usaha kita..paling kurang basikal utk 10 pelajar & bantuan makanan utk 10 keluarga.. dapat kita sampaikan pd mereka nanti.

Usaha ini tk akan berjaya tanpa bantuan sahabat2 & pertolongan Allah swt...Semoga ada rezeki utk mereka..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini