Selasa, 3 Januari 2012

Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah"-Akhirnya Kami Sampai ke Sabah.

Assalamualaikum

Sesungguhnya perancangan Allah itu hebat.... kami mengalami saat2 membimbangkan apabila dana kembali ke sekolah tidak sampai pada targetnya, sedangkan musim cuti sekolah hampir sampai ke penghujungnya...risau harapan golongan miskin tak dapat ditunaikan. Sebelum berangkat untuk urusan company trip suami ke Sabah, kami agih2kan dana yang diterima seadanya.

Namun, dalam perjalanan ke Sabah dan semasa berada di sana, kami menerima sms drp sahabat2 lama yg istiqamah membantu setiap misi kami...Alhamdulillah saat2 akhir mereka muncul jua... juga sahabat2 baru yang bersemangat membantu. Alhamdulillah air mata saya tidak henti2 mengalir mengenangkan betapa Allah itu menguji kami pada awalnya, tp memakbulkan doa kami akhirnya...dan tambah2 terharu tanpa dirancang, hajat kami yg terpedam sekian lama utk membantu saudara2 di Sabah juga tertunai...

Pada awalnya, kedatangan kami diragui..mereka teragak2 mahu menemui kami. Tapi Alhamdulillah, setelah mendengar penerangan kami-bahawa kami bawa amanah sahabat2 utk diserahkan pada mereka tanpa mengira fahaman politik & kepentingan lain.
... di sini ada keluarga miskin yg hanya makan sekali sehari, dan berkongsi pula sebungkus nasi dgn 6 orang...mereka benar2 terharu dgn sumbangan yg diberikan, berkali2 ucapkan terima kasih. Mengikut mereka, belum ada mana2 pihak lg yg datang ke situ membawa bantuan seperti kami..Atas izin sahabat2 tertentu dana juga disalurkan kpd keluarga miskin yg beragama Kristian. Semoga pemberian ini dapat menjadi satu usaha dakwah, dan ada sinar hidayah menemui mereka nanti..amin.

Terima kasih buat sahabat yg sudi membantu, wpun baru dikenali-
Nurezyantie Laisin, serta ibu bapanya Pn Wadiah Abdullah & En Ramlie b Abd Hamid. Wpun baru pertama kali menemui kami, tapi melayan kami dengan amat baik... Juga terima kasih kpd anak buah kami, Nur Mashitah yg memperkenalkan kami pada keluarga pengantara.

Terima kasih tidak terhingga pada semua penderma & sahabat2 yg memberi sokongan. Semoga Allah memandang usaha kita ini sebagai bekal ke syurga..

Saksikan wajah2 kegembiraan penerima bantuan & para sukarelawan... dalam banyak2 tempat kami lawati, slot ziarah ke perkampungan miskin inilah yg paling terkesan di hati kami...wpun terpaksa menempuh perjalanan yg jauh hampir 4 jam masuk ke pendalaman, dan masih lagi keletihan slps meredah pulau2 di Sabah dan mendaki gunung di Poring (Canopy Walk) tapi bila sahaja sampai di sini rasa gembira tk terucap menjadi penawar rasa letih kami..


Destinasi: Kg Sagindai Baru
, Ranau, Sabah
Jumlah penerima: 16 orang
Tarikh: 24 Disember 2012
Pengantara: Nurezyantie Laisin, Pn Wadiah Abdullah, En Ramlie b Abd Hamid














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini