Jumaat, 2 Disember 2011

Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah"















Assalamualaikum
Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah" seperti tahun2 sebelum ini. Jika tahun lepas dalam 200 anak yatim & miskin di 8 destinasi dapat kita bantu dengan izin & pertolongan Allah, kami harap tahun ini seramai itu juga golongan tidak bernasib baik ini dapat dibantu. Namun, target awal 100 orang sahaja dahulu, kalau ada rezeki lebih maka lebihlah pelajar miskin dapat kita bantu, insya-Allah.
Perjuangan kami agak unik, kerana usaha ini digembleng oleh rakan2 maya yang disatukan atas dasar kepercayaan & amanah, walaupun ada antara kami belum pernah berjumpa. Tonggak utama projek ini diusahakan bersama bloggers SanggarSuri ( Eksekutifsuri.com) dan En Jamaluddin dari d'Redang dengan mendapat sokongan rakan2 bloggers/FB/egroups terutama Pn Suzana Hulaimi, Pn Wan Noorbaya Wan Chik dan Pn Rahayu Daut (Ayuemuslimah Collections).
Insya-Allah kami juga ada jalankan jualan amal utk menambah kutipan dana spt-Jualan Amal Serunding dan Jualan Amal Kek&Cupcakes melalui Eksekutifsuri.com, Jualan Amal Telekung melalui FB Rahayu Daut (Ayuemuslimah Collections) dan pelbagai produk dari Amerika Syarikat(US) melalui FB Baya Wanchik.
Anggaran perbelanjaan -RM100 seorang. Perbelanjaan persekolahan untuk 2 pasang uniform sekolah dan kasut sekolah di Kelantan dan P.Pinang. Manakala di Perak atas permintaan guru2 di sana keutamaan diberikan utk belanja yuran & buku sekolah agama KAFA dan telekung utk pembelajaran solat & al-Quran di sekolah kebangsaan (JQAF).
Seperti tahun lepas (Sesi Persekolahan 2011) kami berhajat untuk membantu anak2 yatim, miskin & terbiar yang tidak tinggal di rumah kebajikan/rumah anak yatim tetapi lebih tertumpu kepada mereka yang tersisih @ terlepas pandang yang tinggal kawasan2 pendalaman.
Dengan bantuan sahabat2 yang menjejaki mereka, insya-Allah kawasan yang akan dibantu terdiri drp kawasan berikut:

1. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak
2.
Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Pasir Mas, Kelantan.
4. Perkampungan miskin sekitar Jeli, Kelantan
5. Perkampungan nelayan/miskin, Pengkalan Chepa, Kelantan.
6. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang


Untuk maklumat lanjut Dana Kembali ke Sekolah:
hubungi:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
En Jamaluddin 0195414673 jamaluddinbinhassim@yahoo.com
atau lawati blog:
Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini