Rabu, 27 Januari 2010

Ulangkaji Bertemankan Lampu Jalan, Minum Air Hujan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Seorang sahabat berkali2 memberitahu saya, jika ziarah orang miskin di pendalaman, apabila pulang pasti tak lalu makan..makan tak tertelan mengenangkan nasib mereka di sana. Saya juga cukup kagum dengan kesungguhan sahabat saya mengumpul dana terutama utk ibadah korban di pendalaman, katanya:"Kenapa kita perlu mengagihkan daging2 korban kpd jiran tetangga kita yang ternyata senang, tp tidak agihkan kpd orang miskin di kampung yg jika makan daging pun mungkin setahun sekali..."

Teruja utk melihat sendiri tahap kemiskinan yang selalu diuar-uarkan, saya dan keluarga turut masuk kampung untuk menyambut Aidil-Adha di sana pd tahun lepas... Sungguh bagai dikata.. Saya seperti dipanggil2 utk ke sana lagi, seandainya saya orang berharta, Insya-Allah macam2 bantuan hendak saya salurkan.. namun apakan daya. Cuma saya bersyukur kerana Allah sentiasa menemukan saya dengan sahabat2 yg dermawan dan mengizinkan saya menjadi penghubung utk menyampaikan sedekah mereka.

Terbaharu, semalam saya dikejutkan oleh panggilan telefon drp sahabat di sana yg membawa khabar hiba..terlalu sukar utk percaya, tetapi itulah kenyataan-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Satu keluarga.."ibu tinggal" bersama 3 orang anak(5 lg anak tinggal bersama suami), yang 2 masih bersekolah menumpang teduh di rumah saudaranya di atas tanah rizab jalan raya di Kg Simpang Tiga, Redang Panjang, 34510 Batu Kurau Perak. Rumah yg didiami tiada bekalan air & elektrik. Anak2nya terpaksa menyiapkan kerja sekolah pada siang hari, jika tidak sempat siap, malamnya terpaksa ke tepi jalan utk menumpang cahaya lampu jalan. Bekalan air diambil drp tali air berhampiran & tadahan air hujan.

Alhamdulillah, atas ehsan kedai makan berhampiran dapatlah kini menumpang bekalan elektrik dari kedai tersebut pada waktu malam. Ibu tersebut, Kak Azizah tiada pendapatan tetap, cuma membantu di kantin dengan upah RM10 sehari.

Sekiranya ada yg sudi berkongsi rezeki utk meringankan beban mereka amatlah dialu2kan. Semoga pertolongan kita ini bukan sekadar meringankan beban mereka, malah menenangkan hati mereka yg pastinya hiba & gusar. Diharap juga dengan bantuan kita ini akan menimbulkan rasa insaf dan meneguhkan lagi iman kita & keluarga tersebut. Amin

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi: En Jamaluddin 0195414673
Lawati blog:

de'redang http://jamalhassim.blogspot.com

Semoga Allah Memberkati Usaha & Rezeki kita..amin..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini