Jumaat, 15 Januari 2010

Tajaan Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin

Assalamualaikum


PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM dan FAKIR MISKIN usahasama Eksekutifsuri dan UmmikuSayang Charity Team dengan kerjasama sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim dan fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah projek ini telah memasuki bulan ketiga. Proses penyerahan dapat disempurnakan sebaik mungkin. Cuma bulan Disember sahaja bekalan susu tidak dapat dihantar ke kawasan perkampungan miskin di Perak akibat kekurangan dana. Di tempat2 lain penyerahan seperti biasa.

Namun, Alhamdulillah usaha kami dipermudahkan Allah dengan menemui jalan utk mengurangkan kos pembelian dan penghantaran susu drp RM90/anak sebulan kepada RM72/anak sebulan mulai Januari 2010.

Kutipan dana masih dijalankan. Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan.

Insya-Allah dengan kos yang lebih murah ini diharap lebih ramai lagi anak yatim dan fakir miskin dapat dibantu. Kami juga berhajat untuk menyalurkan sumbangan ini kepada golongan mualaf.

Antara yang tersenarai setakat ini:

1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang (15 orang)

No.Tel: 012-3751444(Pn Nadia)

2. Puan Hasnah (Opah yang menjaga 12 cucu), Bukit Kuda, Klang (3 orang)

No. Tel: 03-33432397

3. Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan (5 orang)

No.Tel: 013-4550013(Pn Rohana)

4. Asrama Haluan Penyayang, Klang (3orang )

No Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)

5. Keluarga Anak Yatim dan Fakir Miskin, Batu Kurau dan Lenggong, Perak (30 orang)

No.Tel: 019-5414673 (En Jamaluddin)

Sahabat boleh membantu dengan cara:

  1. Menjadi penyumbang tetap RM72/anak yatim dan miskin setiap bulan untuk kos pembelian dan penghantaran 4 paket susu.
  2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.
  3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Raudhah yang dijual dengan harga RM24.50(WM)/RM26.50(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim dan Fakir Miskin (Maklumat Susu Raudhah www.eksekutifsuri.com).
  4. Sahabat boleh memilih mana2 keluarga atau rumah anak yatim yang mahu ditaja atau menyalurkan maklumat tentang saudara, jiran atau sesiapa sahaja yang daif kehidupan mereka untuk dibantu. Sahabat juga boleh menaja mereka dan urusan penghantaran susu akan diuruskan oleh kami.


Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu

emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.

Maklumat lanjut :


SanggarSuri www.eksekutifsuri.blogspot.com
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa dan tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

Semoga Allah Memberkati Rezeki dan Usaha kita..amin



Elly 012-3614014
UmmikuSayangCharityTeam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini