Khamis, 7 Januari 2010

Penyerahan Dana Kembali ke Sekolah Anak Yatim & Fakir Miskin




Assalamualaikum

Alhamdulillah. .syukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan kami kudrat & kekuatan utk melaksanakan amanah ini. Cemas juga apabila di ambang persekolahan hampir dibuka dana masih tidak mencukupi. Namun, kami meneruskan juga rancangan asal kami untuk ke Perak pada 27 Disember 2009 dengan harapan masih ada rezeki utk anak2 di sana. Alhamdulillah doa kami dimakbulkan.

Untuk Misi Bantuan Kembali ke Sekolah di kawasan Ladang Stoughton, Kampung Tersusun Redang Panjang & Kampung Temelong Lenggong Perak sahabat2 boleh lawati blog:

http://www.aljauhar 2.blogspot. com/

http://www.jamalhas sim.blogspot. com/

Lihatlah betapa gembiranya mereka bergaya dengan pakaian baru utk sekolah. Semoga Allah membalas budi baik tuan2 & puan2 yang bukan sahaja membawa keceriaan kepada anak2 yatim & miskin ini malah memberikan semangat baru utk mereka teruskan persekolahan. Seramai 33 pelajar yang terpilih dari Kg Temelong manakala 77 lagi dari Kg Redang Panjang termasuk beberapa orang pelajar India dan pelajar sekolah menengah. Jumlah kesemua yang menerima bantuan seramai 109 pelajar terdiri dari anak-anak keluarga yang berpendapatan bawah RM700 sebulan.

Sumbangan Dana Kembali ke Sekolah:

1.Kg Temelong, Lenggong (33) & Kg Redang Panjang (77)
Kelengkapan Persekolahan & wang yuran: RM8800 (27/12/09)

2.Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan Perak (2)
Kelengkapan Persekolahan & wang yuran: RM350 (30/12/09 & 07/01/10)

3.Baitul Fitrah, Rawang (30)
Wang tunai: RM800 (02/01/10 & 07/01/10)

4.Opah Hasnah & 12 Cucu (12)
Wang tunai: RM400 (Bakit Helwa), RM1000(dana) (01/01/10)

5. 12 keluarga miskin Pangsapuri Rebana, Klang
Wang tunai: RM300 setiap keluarga (Bakit HELWA)

6. Asrama Penyayang HALUAN Klang
Pakaian sekolah & wang tunai: RM800 (01/01/10)

7. Puan Murni, Subang (ibu tunggal kematian suami, 3 anak bersekolah)
Wang Tunai : RM300

Jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang menghulurkan pelbagai bantuan sama ada dlm bentuk harta, tenaga & masa:

EksekutifSuri. com, UmmikuSayang Charity Team, Bakit-Helwa (TM).
Puan Siti & keluarga (www.aljauhar2. blogspot. com),
En Jamaluddin & keluarga (www.jamalhassim. blogspot. com),
Puna Rozita & keluarga,
WENA,Respeks, Resipi.net, Taman2Syurga
rakan2 bekas pelajar SMSD-exsemesdians.
Serta semua individu yang terlibat dari dalam & luar negeri.

Tidak lupa juga kepada pihak HALUAN(www.haluan. org.my) yang sudi mengambil beberapa orang pelajar anak yatim & miskin untuk dimasukkan ke asrama dengan bantuan persekolahan sepenuhnya oleh HALUAN.

Di kesempatan ini, saya menyampaikan salam-Terima Kasih- drp semua anak2 yatim & fakir miskin yang terlibat. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan sebagai pengantara dalam menyampaikan amanah ini. Mohon maaf atas segala kesilapan.

Semoga Allah Memberkati Usaha & Rezeki kita..amin..

Jom turun padang, anda tidak akan berpaling setelah melangkah..nikmatny a bersedekah tidak mampu diucapkan oleh perkataan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini