Alhamdulillah.. Jazakumullah khairan kathira buat sahabat2 Sanggar Suri kawasan Rantau Panjang, diketuai Mie GSTK(drp Visi Hanif RP) juga para penderma.
Tarikh: 05 OGOS 2013/ISNIN
Tarikh: 05 OGOS 2013/ISNIN
Tempat: Kg.Kok Pauh, Kg.Kubang Kedepel, Kg.Kubang Gabus, Taman Tasnim,Gual Tinggi,Rantau Panjang,Kelantan...
Selamat menyampaikan amanah dana surau sejumlah RM500 untuk membeli/menyediakan juadah berbuka & sumbangan utk berbuka/bersahur untuk anak yatim & miskin
Sahabat Sanggar Suri kawasan Rantau Panjang telah pergi dari rumah ke rumah untuk menyampaikan amanah ini utk 5 keluarga di 4 kampong dlm Mukim Rantau Panjang, Kelantan.
Gambar & info atas ehsan En Haris (Mie GSTK). Jutaan terima kasih..
1) 5.8.2013,Isnin,Mewakili Team Misi Sinar Harapan Sanggarsuri menyampaikan juadah berbuka puasa kepada ibu tunggal-Puan Rohayu dan anak2nya di Kg.Kok Pauh,Rantau Pajuang...

2) Menyampaikan juadah berbuka puasa kepada warga miskin(pesakit stroke) En.Noor Hamdan Mustafa sekeluarga di Kg.Kubang Kedepel,Banggol Kulim,Rantau Panjang....

3) Menyampaikan juadah berbuka puasa kepada anak2 arwah Ab.Latiff(Pokteh) di Taman Tasnim,Gual Tinggi,Rantau Panjang,Kelantan...

4&5) Menyampaikan juadah berbuka puasa utk keluarga Kamalruddin dan keluarga Kakyah dan anak2 yatim di bawah tanggungan mereka di Kg.Kubang Gabus,Rantau Panjang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini