Ahad, 25 Ogos 2013

Misi Sinar Ramadan&Syawal 1434 H/2013 M: Kelantan-Ziarah Masuk Kampung (Fasa 3)

Tarikh: SABTU, 27 JULAI 2013

Tempat: Kg.Tok Sidi Meranti; Kg.PakjakKg.Gual Pasong Hantu; Kg.Tasek Cina, sekitar Pasir Mas & Rantau Panjang, Kelantan.

 

Jumlah: 6 keluarga (keluarga ke 18- hingga 23)

 

Alhamdulillah selepas selesai Misi Shopping Baju Raya bersama anak2 fakir miskin, kami berpeluang menyambung Misi Ziarah yang tertunda semalam. Kali ini kami menziarahi 6 keluarga fakir miskin dari rumah ke rumah bagi menyampaikan amanah sahabat2..

 
Misi Ziarah Masuk Kampung Team Misi Sinar Harapan SANGGARSURI sempena Misi Ramadhan/Syawal 2013 M/1434 H/ bermula jam 2.40 petang dan berakhir jam 6.00 petang..
 
Antara keluarga yang sempat diziarahi:
 
 
ZIARAH ke-18:


Keluarga 6 beradik kematian ibu & ayah pula tinggalkan mereka, di Kg.Meranti


Umur antara 9-21. Abang yang sulung bernama Mohamad Bakry b. Nik Nasmu, 21 tahun yg sebelum ini dibela nenek, kembali ke pangkuan adik2 untuk menggalas tanggungjawab sebagai pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Hanya bekerja sebagai pembantu kedai apabila diperlukan sahaja dengan gaji dalam RM10-15 sehari sahaja.

 

Anak lelaki kedua, Norjannah, yang berumur 20 tahun sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun pula terpaksa berhenti kerja disebabkan kecederaan akibat kemalangan yang berlaku dalam bulan Mei 2013 lepas.

 

4 lagi adik mereka masih bersekolah: Norasiah, 17; Siti Mariam, 16; Siti Nurfatiha, 10; Siti Nurzarifah, 9.
 
Pendapatan tetap bergantung kepada sewa bengkel yang ditinggalkan ayahnya, iaitu RM200 sebulan. Sukar mendapatkan bantuan kerajaan/kebajikan disebabkan status mereka yang masih mempunyai bapa..walaupun hakikatnya "walaupun ada, bagaikan tiada".
 
Ibu mereka meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 2008, manakala bapa pula menghilang sejak Oktober 2012.
 
Insya-Allah pihak Sanggar Suri akan usahakan mencari keluarga angkat yang diharap sudi membantu meringankan beban mereka, terutama menanggung kos persekolahan mereka.
sewaktu dibawa membeli baju raya



 

 



ZIARAH ke-19:

 
Keluarga Zuti b. Salleh 45, Kg.Tok Sidi Meranti
 
Pekerjaan- buruh kasar, isterinya bekas pesakit barah kulit( di kampug penyakit ini dikenali sebagai "Kudis orang baik"), mempunyai 9 orang anak dan turut menjaga seorang anak saudara.
 
Umur anak antara 8-23 tahun. Semasa isteri beliau sakit terlantar, anak2 bergilir2 ponteng sekolah untuk menjaga ibu mereka. Manakala En Zuti  keluar bekerja untuk mencari nafkah & menanggung kos rawatan.
 






 
ZIARAH ke-20

Keluarga Che Yusoff b. Che Abdullah 56, Kg.Pakjak
.
 
.-mangsa kebakaran pada 8 Ramadhan yang lalu,..
 
Pekerjaan:  Pengawal Keselamatan kedai. Anak 4, 2 sudah berkeluarga. Tinggal besama isteri, Puan Sabariah Daud 51, 2 anak & seorang cucu(6 tahun)
 






ZIARAH ke-21
 
Keluarga Mohamad b. Abdullah 46, Kg.Gual Pasong Hantu
 
Pekerjaan Pengawal Keselamatan masjid.
Anak 10 (5-26 tahun), 2 sudah meninggal dunia. 4 anak masih bersekolah 
 








***SELINGAN...nama kampung pun Kg Gual Pasung Hantu..ada bbrapa pengalaman mistik yang kami alami..antaranya..

tiba2 awan mendung...
 
sewaktu perjalanan pulang tiba2 ada ranting kayu menghalang..

ZIARAH ke-22 
 
Keluarga Hussin b. Mamat,di Kg.Tasek Cina
 
Pekerjaan: Pengawal Keselamatan; anak 2 (12&7)
Gaji: RM800
Rumah PPRT
berteduh drp hujan..sambil2 mewawancara..

ZIARAH ke-23 

Keluarga Puan Rasitah bt. Ahamad 36, Kg.Tasek Cina...
Anak 5(umur 13,11,9,8,5).
 
Pekerjaan: Staff JPAM(gaji RM600). 
 
Memiliki rumah yang terlalu usang, dibina di bahagian belakang rumah PPRT kakaknya ...atap rumahnya bocor..terpaksa menumpang di rumah saudara mara apabila musim hujan...
 





 
 

bahagian hadapan rumah Pn Rabitah


***bersambung..Misi Fasa 4..posting seterusnya.
 
 

 
Jazakumullahu khairan kathira buat semua yang terlibat sama ada yang menyumbangkan harta, masa & kudrat.

"Ya, Allah! Jadikanlah sedekah/zakat ini sebagai simpanan yang menguntungkan...

, dan janganlah ia jadi pemberian yang merugikan.

Semoga Allah mengampuni dosa kita, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki kita, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita semua. ..amin."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini