Tarikh:
JUMAAT, 09 OGOS 2013 (2 SYAWAL1434H) & ISNIN, 12 OGOS 2013 (5 SYAWAL 1434 H)
JUMAAT, 09 OGOS 2013 (2 SYAWAL1434H) & ISNIN, 12 OGOS 2013 (5 SYAWAL 1434 H)
Tempat: Kg Bagus, Kg.Banggol Petai,Bukit Tuku; Tmn Ilahi; Kg.Cabang 4 Tok Darat,Batu Karang; Kg.Baroh Jambu,Batu Karang, Rantau Panjang, Kelantan.
Jumlah: 7 keluarga (keluarga ke-24 hingga 30)
Alhamdulillah kami berpeluang menziarahi fakir miskin termasuk mangsa kebakaran semasa Aidilfitri baru2 ini dari rumah ke rumah untuk menyampaikan amanah sahabat2 utk 7 lagi keluarga miskin di beberapa kampung dlm Mukim Rantau Panjang, Kelantan.
ISNIN, 12 OGOS 2013 (5 SYAWAL 1434 H)
Menziarahi keluarga Rosmadi b. Hassan, 34 tahun, di Kg.Banggol Petai,Bukit Tuku....
Isterinya OKU, dan ada seorang anak.
Pekerjaan: Penoreh Getah. Tapi disebabkan ada penyakit asma, beliau tidak dapat bekerja dengan sebaiknya.
Tinggal di rumah pusaka yang sudah usang.
Ziarah ke-25:
Keluarga Hashim b. Ismail, 42 tahun. di Kg.Banggol Petai, Bukit Tuku.
Bekerja sebagai penoreh getah. Mempunyai anak 7 orang anak...
Kediaman keluarga ini terlalu usang & sempit...ruangan dapur dijadikan tempat untuk berteduh siang dan malam..Hashim sendiri kini mengalami penyakit batu karang,gastrik....terasa amat sayu bila bersama keluarga ini....
Di ruangan sempit nilah menjadi tempat tidur, tempat makan, dan ruang tamu mereka..
pembinaan rumah terbengkalai, akibat tiada wang |
Ziarah ke-26:
Menziarahi keluarga ibu tunggal - Nor Suriawati bt. Mohd Nor,di Kg.Banggol Petai,
3 orang anak,.... Pekerjaan: Penoreh Getah & tukang cuci pinggan(bila diperlukan)
Tinggal di rumah pusaka.
Baru lepas terlibat dengan kemalangan baru-baru ini.
Ziarah ke-27:
Keluarga Mohd Sukimi b. Ludin,47 tahun, di Taman Ilahi. Mangsa kemalangan 2 tahun yang lalu(patah betis ). Akibatnya, beliau tidak boleh bekerja.
Isteri bekerja sebagai penoreh getah. Tinggal menumpang di rumah orang.
Mempunyai 3 orang anak,,salah seorang darinya Oku..
.
Ziarah ke-28:
Misi ke seterusnya ke Kg.Cabang 4 Tok Darat, Batu Karang menziarahi Makcik Fatimah bt. Abdullah, 85 tahun..Sakit tua....tinggal bersama anak yang juga susah.
Ziarah ke-29:
Menziarahi destinasi terakhir-keluarga Ismail b. Jaafar, di Kg.Baroh Jambu, Batu Karang.
Rumah beliau juga telah usang,dindingnya dimakan anai2.........Misi berakhir jam 1.30 tengahari....
JUMAAT, 09 OGOS 2013 (2 SYAWAL1434H)
Ziarah ke-30:
Keluarga Mohamad Nobi b Daud 43 & Morni bt Wook 43
Anak 5 (2 di IPTA, 2 bersekolah)
Mangsa kebakaran. Kejadian berlaku pada hari raya pertama. Semua harta benda termasuk laptop & dokumen penting terbakar hangus. Cuma tinggal sehelai sepinggang. Anak beliau Nurhidayah akan memasuki IPTA di Uitm Kampus Hospital Sg Buluh pada September nanti.
Jazakumullahu khairan kathira buat semua yang terlibat sama ada yang menyumbangkan harta, masa & kudrat.
"Ya, Allah! Jadikanlah sedekah/zakat ini sebagai simpanan yang menguntungkan...
"Ya, Allah! Jadikanlah sedekah/zakat ini sebagai simpanan yang menguntungkan...
, dan janganlah ia jadi pemberian yang merugikan.
Semoga Allah mengampuni dosa kita, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki kita, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita semua. ..amin."
Semoga Allah mengampuni dosa kita, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki kita, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita semua. ..amin."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini