Khamis, 28 Mac 2013

Misi "Mahligai" yang Lebih Sempurna utk Zulkifli (update)


UPDATE: 14 Julai 2013

Alhamdulillah..dinding baru telah digantikan. Insya-Allah dana akan terus disalurkan utk membina bilik, dapur & tandas. Semoga keluarga En Zulkifli dapat beraya di Mahligai barunya nanti..amin.





 
Maklumat Asnaf:

En Zulkifli Hamzah
Kampung Degong, Rantau Panjang, Kelantan
Anak 5 (  3 bersekolah, 1 OKU, 1 lepasan SPM)
Pekerjaan: Buruh Kasar (Anggaran pendapatan RM400/bulan)

Untuk maklumat lanjut & sumbangan boleh hubungi
FB Elly Nizam 0123614014
eksekutifsuri@yahoo.com.my


UPDATE : 28 Mac 2013

Alhamdulillah.. selepas menghadapi pelbagai rintangan akhirnya pada 24 Mac 2013 dapat juga kami ziarah En Zulkifli dan tunaikan amanah para sahabat. Dana yang diterima dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Salah satu sebab kami selesa & teruja berurusan dengan orang kampung, kerana mereka telus, naif dan jujur.. Sifat qanaah yang memadai dengan apa yang ada membuatkan kami kami banyak belajar erti bersyukur.

Apabila kami utarakan niat kami untuk membaiki dinding rumah En Zulkifli, diberikan kami anggaran kos papan dinding depan sahaja. Dan tidak memasukkan kos2 lain termasuk kos tukang, kerana beliau mampu membuatnya sendiri.

Namun, di kesempatan kunjungan kali ketiga ini, dengan tangga baru yg lebih "kukuh" kami memberanikan diri menjenguk keadaan di dalam rumah En Zulkifli. Sebaknya rasa hati, melihat keadaan rumahnya..kaki kami berpijak dengan hati-hati kerana banyak lantai yang sudah reput. Dan keadaan dalam rumahnya, tidak seperti rumah orang lain...

Apabila kami bertanya, " Kenapa tak kira sekali dinding belakang(dapur)?" Jawabnya: "Banyak sangat kalau nak dikira..." jujur & naif..

Alhamdulillah dengan dana terkumpul sebanyak RM2680 diharap dapat membantu untuk kita bina "Mahligai" yang lebih sempurna buat mereka. Hanya RM1158 yang dibelanjakan setakat ini. Lebihan dana dijangka dapat menampung kos pembinaan bilik baru & baik pulih bilik lama serta baik pulih dapur. Setakat ini hanya ada 1 bilik dan sekatan zink di dapur untuk En Zulkifli & isteri..selebihnya anak2 tidur di dalam khemah di ruang tamu.

Di bawah ini koleksi gambar2 rumah En Zulkifli... biarlah gambar berbicara..


Gambar sebelum tangga dibaiki




Tangga & anjung baru

Papan untuk dinding baru

Kayu hasil pawah (upah ketam kayu)

Tangga baru, tinggi..

En Zulkifli termenung jauh..

Menemu bual di anjung rumah



Sisi rumah..separuh dinding zink

Team Sanggar Suri di samping papan yang baru dibeli




bahagian dapur

Takut...berhati2 menuruni tangga yang tinggi

Kak Esah, isteri En Zulkifli

pandangan dari atas rumah

Satu2nya bilik yang ada

Hanya rangka tingkap tanpa daun tingkap

Bahagian dinding depan

Khemah pengganti bilik
 
Ruang dapur dihadang "toto" buruk

Dapur

Ruang tamu

Atap





Dapur

"Bilik" En Zulkifli yang dihadang zink..bahagian dalam



"Bilik" En Zulkifli yang dihadang zink..bahagian luar


Anak sulung yang mengalami masalah mental sejak kecil akibat demam panas







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini