Isnin, 18 Mac 2013

Misi Sinar Harapan: "Mahligai" yg Lebih Sempurna (Zulkifli Hamzah)

Assalamualaikum

UPDATE 23 MAC 2013
Alhamdulillah..Jazakumullahu khairan kathira kepada semua sahabat yang pemurah.. semoga Allah lipatgandakan rezeki & kebahagiaan, serta permudahkan segala urusan..

Alhamdulillah ..setakat hari ini kutipan sebanyak RM2680.. urusan pembelian pap
an & peralatan kami akan uruskan. Syukurlah tuan rumah pandai bertukang jd dah jimat upah tukang.

Kalau ada lebih duit tengok lagi apa yg nk baiki. Masa kami naik rumah tu, bilik ada satu.. kat dalam rumah tk ada apa2. Ruang tamu terus dapur..ada satu bilik kt tepi. Daif sangat
Di dalam rumah dipasang khemah, mungkin sebagai bilik dan elak nyamuk.. maklumlah rumah tk berdinding..


Insya-Allah kami akan ziarahi mereka pada 25 Mac nanti..
 
****************************************

Agak2 kan..kalau dengan RM2 000 apa yang dapat kita belanjakan? Mungkin sekadar satu kali makan @ bermalam di hotel mewah? Atau mungkin untuk belanja makan keluarga seminggu atau sebulan? Atau harga sepasang sepersalinan?

Namun, jumlah itu bukan sekadar cukup untuk seminggu @ sebulan..malah dapat bertahan berpuluh-puluh tahun buat keluarga daif ini. Malah, dapat memberikan perlindungan yang lebih baik bagi mereka sekeluarga. Peruntukan RM2 000 itu mampu digunakan untuk membeli dinding baru untuk mahligai keluarga ini.

Kali pertama berkunjung ke rumah ini (Misi Ramadan-Syawal 2012), kami tidak menyangka ada rumah di tengah-tengah hutan & pokok2 getah ini..Tambah sayu lagi apabila melihat rumah ini tidak berdinding dengan sempurna..hanya dipasang kepingan-kepingan zink yang melindungi sebahagian rumah, manakala bahagian atasnya terdedah..
















Sebuah rumah di tengah hutan...

Kami juga dinasihati untuk tidak menaiki rumah tersebut akibat rumah itu pun banyak bahagiannya yang reput. Kami dimaklumkan, bantuan rumah diterima sekadar untuk mendirikan tiang2 rumah & bahagian asas sahaja. Lantai rumah diusahakan sendiri dengan membelah kayu daripada pokok-pokok hutan.

Tak dapat kami bayangkan bagaimana anak2 mereka membesar di sini.. Sudah tentu terdedah kepada bahaya binatang-binatang liar, manusia penceroboh,  juga panas & hujan..

Demi sebuah mahligai yang lebih sempurna, kami melancarkan Misi Sinar Harapan: "Mahligai" yg Lebih Sempurna untuk membantu keluarga ini, sekurang-kurangnya dapat menggantikan diding rumah dengan papan yang sesuai. Peruntukan untuk membaik pulih diding rumah ini dianggarkan RM2 000 sahaja.


Maklumat Asnaf:

En Zulkifli Hamzah
Kampung Degong, Rantau Panjang, Kelantan
Anak 5 (  3 bersekolah, 1 OKU, 1 lepasan SPM)
Pekerjaan: Buruh Kasar (Anggaran pendapatan RM400/bulan)

Untuk maklumat lanjut & sumbangan boleh hubungi
FB Elly Nizam 0123614014
eksekutifsuri@yahoo.com.my


Kunjungan pertama untuk Misi Ramadan-Syawal 2012


Bahagian depan rumah

Tangga & anjung telah dibaik pulih (18 Mac2013)



bahagian tepi rumah

Ukur baju di halaman rumah
Ziarah dan menemu bual En Zulkifli & keluarga

Team Sanggar Suri bersama keluarga En Zulkifli


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini