Rabu, 23 Januari 2013

TAP4U-Tabung Alas Perut untuk Pelajar Universiti/Kolej.

Assalamualaikum

Di kala kita mewah dengan limpahan pelbagai juadah di meja makan..ada anak yang pengsan kerana menahan lapar..

Aduh..masih wujudkah lagi kisah sebegini? Ya..khabar diterima benar2 menyentuh hati. Bukan berlaku di luar negeri..tapi di negara tercinta ini..dan yang sedihnya berlaku di pusat pengajian tinggi..

Teringat 20 tahun lepas.. makan nasi bujang (nasi+sup+telur dadar) atau nasi kosong dgn kuah sahaja adalah perkara biasa di kala duit pinjaman dah surut. Rupanya, masalah ini masih berlarutan sehingga kini..
Cetusan drp khabar ini..kami bersama beberapa sahabat mula mengumpul maklumat & dana. Maka tercetuslah Misi yang kami namakan 
 
TAP4U-Tabung Alas Perut untuk Pelajar Universiti/Kolej.
Matlamat untuk salurkan dana sekurang2nya untuk mereka belikan makanan
Untuk projek pertama ini kami jejaki seorang pelajar yang pernah kami bantu di bawah Misi Sinar Harapan sebelum ini..
Sebagai anak sulung, Hilmi 20 tahun..amat bertanggungjawab pada keluarga. Disebabkan ibunya sakit dan tidak dapat bekerja, duit PTPTN yg diperolehi diserahkan kepada keluarganya untuk menampung perbelanjaan di kampung. Terpaksa mengikat perut & berpuasa saban hari demi berjimat. Pernah pengsan akibat kelaparan dan dimasukkan ke hospital.

Hilmi tidak makan semasa di kampus dari pagi sampai petang, dan malam pula bekerja sambilan di kedai makan..Akibat tekanan kewangan ini juga, Hilmi mengambil keputusan untuk berhenti belajar.

Bagi menyelamatkan masa depan anak ini, kami di Sanggar Suri dengan kerjasama sahabat2 Ummikusayang Charity Team berpakat untuk saling membantu bagi meringankan beban anak & keluarga ini. Inisiatif pertama kita lancarkan derma kilat bagi memberi bantuan segera. Insya-Allah ada rezeki kita akan bantu ringankan beban Hilmi & keluarga setiap bulan pula.
Alhamdulillah..Misi pertama kami hampir selesai. Sabtu 19 Januari kami berkunjung ke asrama Hilmi di Kolej Kediaman Bukit Lela (asrama Kolej Islam Antarabangsa, Gombak)


Masa kedatangan kami, asrama sudah lengang kerana pelajar balik bercuti. Tinggal Hilmi yang tidak ada duit nak balik..walaupun dia terlalu rindu & bimbang dgn kesihatan ibunya. Alhamdulillah kami bawakan makanan & sedikit wang untuk belanja Hilmi dan cukup untuk pulang bercuti ke pangkuan keluarga.
Petang itu juga dapat SMS drp Hilmi: "Kak, saya dah naik bas..doakan perjalanan Hilmi..." dan 6 jam kemudian..Hilmi & ibunya menelefon saya dengan nada yang amat gembira mengucapkan terima kasih atas bantuan.

Rasa terharu sangat..sebab masa dia cerita semua orang balik kampung macam sedih sangat. Dia pun nak juga balik kampung sebab:".. dah lama tak tengok mak. Lagipun mak sakit...."

Hanya dengan sedikit sumbangan...anak ini & keluarganya mendapat suatu KEGEMBIRAAN..yang tk terucap..Alhamdulillah

Insya-Allah kami telah susun perancangan rapi untuk Hilmi. Termasuk menjelaskan semua yuran tertunggak, hutang piutang dengan kawan, serta membekalkan wang saku setiap bulan. Alhamdulillah kami juga mendapat sumbangan laptop baru untuk Hilmi..

Kami juga berharap agar ibunya juga dapat dibantu..Mungkin ada pekerjaan yang sesuai yang boleh dilakukan ibunya di rumah. Keadaan kesihatan ibunya yang sering sakit (darah tinggi, kencing manis & batuk berpanjangan) mengekang kudrat ibunya untuk keluar bekerja. Kepada sahabat2 yg ada di Pulau Pinang mungkin dapat hulurkan bantuan @ menawarkan pekerjaan yang sesuai untuk ibu Hilmi.

Semoga Allah permudahkan usaha kami agar lebih ramai "Hilmi" dapat kita bantu demi meneruskan pengajian untuk masa depan yang lebih cemerlang..amin

P/S: Maklumat lengkap tentang Projek TAP4U akan kami siarkan setelah lengkap data & selesaikan beberapa perkara penting. Semoga mendapat sokongan sahabat2 & pertolongan Allah..amin  


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini