Rabu, 4 Julai 2012

MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1433H/2012M

MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1433H/2012M



UPDATE 18 JULAI 2012


PERSEDIAAN MISI di KELANTAN 20-22Julai 2012

Alhamdulillah sumbangan untuk persediaan Ramadan sedang diagih2kan secara berperingkat di Lenggong &Redang Panjang, Perak dan Pulau Pinang. Insya-Allah Misi ke Kelantan akan dijalankan pada 20-22 Julai 2012 di sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas.

Sebahagian barang sumbangan telah dibeli oleh sahabat2 di Kelantan menggunakan dana yang disalurkan para sahabat.

Barangan yang belum dibeli lagi Telekung, Kain Pelekat & Beras. Insya-Allah akan diselesaikan pembelian sebelum Jumaat.

Doakan perjalanan & urusan kami diiringi perlindungan & reda Allah, dipermudahkan & diberkati-Nya..amin

Dialu-alukan pada sesiapa yang sudi turun padang bersama kami.

Sila hubungi:
 Elly Nizam 0123614014
Dekda Mohd Noor 0123308551












UPDATE: 11/07/12

Insya-Allah kami akan agihkan barangan makanan anggaran RM100 utk satu keluarga utk perbelanjaan bersahur & berbuka anak yatim & asnaf yang akan kami ziarah nanti...walaupun jumlah itu hanyalah sekadar satu kali makan bagi sesetengah kita sewaktu berbuka...tapi jumlah itu cukup besar bagi mereka... satu kali makan utk keluarga kita bersamaan sebulan belanja makan mereka???..fikir2kanlah..



MISI ziarah&sedekah sempena Ramadan


1. Kelantan (Pasir Mas & Rantau Panjang) 20-22 Julai 2012
(hubungi: Elly Nizam 0123614014)

2. P.Pinang
(hubungi: Norhana Hana 013-42265530)

3. Lenggong & Ijok, Perak
(hubungi: Shahrizan Ahmad 013-4847732)

4. Redang Panjang, Perak
(hubungi:  Jamaluddin Hassim 019-5414673)

5. Urusan derma Telekung Baru untuk ibadah di bulan Ramadan&Syawal
Juga Pakaian Hari Raya
(Hubungi: Noor Hidawati 019-6430260)

Maklumat Lanjut:

*******************************************************
Assalamualaikum

Insya-Allah..Seperti tahun2 yang lepas team Misi Sinar Harapan tidak akan melupakan golongan asnaf & anak yatim untuk turut serta melangkah ke bulan mulia ini dengan persediaan yang mencukupi..

Team MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1433H/2012M akan menjelajah penempatan & perkampungan miskin dari satu destinasi ke destinasi, bergantung kepada bekalan wang & sumbangan yg ada, bagi membantu meringankan beban keluarga miskin ini membuat persiapan menyambut Ramadan dan kemudian menyambut Aidilfitri.

Cara maklumat dikumpul: melalui sahabat2 seperjuangan yang mengambil berat kehidupan penduduk kampung, yang kebanyakannya terdiri drp para guru, imam, pemimpin & aktivis masyarakat. Menjadi prinsip kami untuk turun sediri melihat penderitaan penduduk miskin ini.

Sahabat2 semua, sama ada yang mengenali kami atau tidak dijemput untuk bersama-sama kami turun padang, untuk melihat sendiri kesusahan hidup yang mereka lalui (tarikh ziarah akan diberitahu dari semasa ke semasa). 

Golongan sasaran: anak yatim, fakir miskin, pelajar tahfiz, ibu tunggal, mualaf , warga emas, OKU.

Antara destinasi ziarah&sedekah:

Tumpuan kpd fakir miskin bagi kawasan2 penempatan/perkampungan miskin tegar:


1.Kkawasan bandar-PPRT @ setinggan sekitar Lembah Subang, Lembah Kelang, dan Penang.

2.Keluarga2 miskin sekitar Redang Panjang, Ijok, Lenggong-Perak.

3. Keluarga2 miskin sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas,  Kota Bharu, Kelantan





4. Keluarga2 miskin sekitar Pendang, Kedah.

*** antara kisah2 keluarga kurang bernasib baik ini disiarkan dalam blog SanggarSuri www.eksekutifsuri.blogspot.com





Sumbangan: bantuan dana diperlukan untuk membeli barang makanan untuk persediaan berbuka&bersahur di bulan Ramadan. Juga pakaian/telekung baru sebagai pembakar semangat mereka untuk beribadah di bulam Ramadan yang mulia ini.

Anggaran:

1. RM100/keluarga (anggaran isi rumah 5 orang)
2. RM200/keluarga (anggaran isi rumah 6 orang ke atas)


Untuk maklumat lanjut:

Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/

Semoga Allah mempermudahkan usaha kita dan menerima sedekah kita buat bekalan di akhirat nanti..amin

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Jom la..insya-Allah Misi Ramadan Syawal di Kelantan 20-22/07/12.. nk agih2kan bantuan persediaan Ramadan

    BalasPadam

Sila titipkan ulasan anda di sini