Ahad, 29 Julai 2012

MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1433H/2012M-Pendang,Kedah 04Ogos 2012

MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1433H/2012M


 Alhamdulillah sumbangan untuk persediaan Ramadan & Syawal diteruskan dan sedang diagih2kan secara berperingkat di Lenggong &Redang Panjang, Perak dan Pulau Pinang. Misi ke Kelantan fasa pertama telah selamat dijalankan pada 20-22 Julai 2012 di sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas. Kami sedang mengumpul dana untuk meneruskan Misi kedua ke Kelantan sebelum Aidilfitri ini.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami untuk ke Pendang pula bagi membantu meringankan beban mereka..

Kami berbesar hati menjemput sahabat2 yang ingin turut serta turun padang @ memberi sumbangan dlm apa jua bentuk, sama ada tenaga, masa & harta. Jadikan peluang ini sebagai suatu peluang bersedekah di bulan yang mulia ini, semoga Allah lipat gandakan pahala buat bekalan kita menemui-Nya nanti..amin

Maklumat:

Tentatif:

03/08/12 (Jumaat) - bertolak dari KL ke Pendang
04/08/12 (Sabtu)  -  Misi ziarah & agihan sumbangan kepada 15keluarga fakir miskin

Tempat: Kg Majapahit, Pendang, Kedah

Sumbangan:
1. Bekalan makanan
2. Keperluan ibadah (Sejadah, Telekung, Kain Pelekat)


Doakan perjalanan & urusan kami diiringi perlindungan & reda Allah, dipermudahkan & diberkati-Nya..amin

Dialu-alukan pada sesiapa yang sudi turun padang bersama kami.


Sila hubungi:

Elly Nizam 0123614014
Hany Abbdullah 012-5485747

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini