Khamis, 18 Ogos 2011

Misi Sinar Harapan: Sinar Aidilfitri 1432H/2011






Assalamualaikum
Alhamdulillah, Misi Ziarah Ramadan1432H/2011 untuk persediaan sepanjang bulan puasa, telah dpt sempurnakan di beberapa destinasi sekitar Lembah Klang, Klang, Hulu Langat, Perak dan Kelantan. Misi seterusnya akan difokuskan untuk persiapan menyambut Syawal pula-
Misi Sinar Harapan: Sinar Aidilfitri1432H/2011.
Seperti tahun2 yang lepas Misi Sinar Harapan tidak akan melupakan golongan asnaf untuk turut serta melangkah ke bulan mulia ini dengan persediaan yang mencukupi agar kemenangan di Aidilfitri dapat diraikan bersama2 dengan ceria & meriah.. insya-Allah. Insya-Allah kami akan ziarah keluarga anak yatim & miskin serta menjelajah perkampungan miskin dari satu destinasi ke destinasi, bergantung kepada sumbangan yg diterima bagi membantu meringankan beban keluarga miskin ini membuat persiapan menyambut Syawal.

Sahabat2 , sama ada yang mengenali kami atau tidak dijemput untuk bersama-sama turun padang, untuk melihat sendiri kesusahan hidup yang mereka lalui, atau ikut membantu dlm apa jua bentuk sumbangan:
harta benda, masa atau tenaga.
Golongan sasaran: anak yatim, fakir miskin, pelajar tahfiz, mualaf & warga emas.
Antara destinasi & penerima sumbangan:
1. Flat Kayu Ara-Keluarga Cg Umi(ibu tunggal&4 anak yatim)
2. Perak-keluarga anak yatim & miskin sekitar Tapah dan Lenggong Perak.
3. Kelantan-keluarga pelajar tahfiz, anak yatim & fakir miskin sekitar P.Mas & Jeli
4. Penang- 4 keluarga dan satu rumah anak yatim sekitar Penang

Sumbangan diperlukan utk membeli:
Telekung & Kain Pelekat
Baju raya utk anak2 yatim & fakir miskin
Jubah utk pelajar tahfiz (sebahagian sudah ada penaja)
Juadah hari raya-biskut raya, serunding, ketupat segera, beras pulut
Wang-utk membeli persiapan hari raya & sumbangan
Untuk maklumat lanjut:
Elly 012-3614014
eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sanggar Suri
http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/
Semoga Allah mempermudahkan usaha kita dan menerima sedekah kita buat bekalan di akhirat nanti..amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini