Isnin, 15 Ogos 2011

Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan 1432H/2011-Destinasi 4

Assalamualaikum
Dengan izin Allah dan sokongan sahabat2 Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan
1432H/2011-Destinasi 4-Lembah Kelang telah dpt sempurnakan. Misi seterusnya akan difokuskan untuk persiapan menyambut Syawal pula-
Misi Sinar Harapan: Sinar Aidilfitri1432H/2011
Sepanjang ziarah ke destinasi ke 4 ini, bantuan barangan makanan, wang tunai & baju kurung (utk kanak2 umur 1-6 tahun, sumbangan Iwana Kids & Azzara Cotton), serta Majalah Komik Upin & Ipin (sumbangan NYLA Sdn Bhd) telah diagih2kan. Terima kasih atas tajaan & kepercayaan.

Syukur & gembira tak terhingga kerana ziarah kami kali ini diiringi oleh sahabat2 drp pelbagai kategori- sahabat seperjuangan yg hampir 10 tahun bergandingan saling memberi sokongan terutama drp UmmikuSayang Charity Team, Resipi.net, pelbagai bloggers&egroups dan juga sahabat2 yang baru dikenali. Uniknya team ini disatukan di alam maya. Ada antara kami yang saling memberi bantuan & sokongan, malah menjadi akrab di alam maya tanpa mengenali antara satu sama lain.

Antara keluarga yang sempat kami ziarah:

Destinasi 4:1 ~ 03/082011
Cikgu Umi, ibu tunggal.Bersama 4 anak yatim. Flat Kayu Ara, PJ
Kehilangan bapa, beberapa hari sebelum ibunya melahirkan anak ke-4.
Insya-Allah keluarga ini akan dimasukkan di bawah senarai penerima susu setiap bulan, melalui Tabung Susu yg dijalankan oleh blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com.

Kami mengenali keluarga ini melalui anaknya, yang kami perhatikan sewaktu suatu majlis. Anak sulung mereka, Mohd Khair, 11 tahun sangat berbudi bahasa dan tanpa henti dan sungut membantu guru2 sewaktu di sekolah. Di rumah, dialah yang menjadi pengganti arwah ayah. Pernah anak ini berulang-alik sebanyak 12 kali memunggah air dr tingkat bawah ke tingkat 17 sewaktu bekalan air tergendala.
Inilah anak soleh peninggalan arwah bapanya yg pernah bertugas sebagai imam di beberapa Masjid, termasuk Masjid Kelana Jaya.
Sewaktu kami ziarah bersama Pn Nurhanani (The Abaya Souq) anak2 Cikgu Umi yang beumur 7 dan11 tahun tiada di rumah kerana bersekolah. Dua lg anaknya berumur 5 tahun dan 3 bulan.
Alhamdulillah, selepas pantang Cg Umi ditawarkan jawatan guru tadika di sebuah sekolah agama dgn gaji
RM800.
Pembelanjaan bulanan-Bayar rumah RM350, nursery RM160. Perbelanjaan pengangkutan, persekolah dan lain2... berapa sangatlah yg tinggal?
Yang penting keluarga ini perlukan sokongan moral & kewangan, terutama utk persekolahan anak2.









Destinasi 4:2~13 Ogos 2011
Keluarga Opah Hasnah & 15 orang cucu.Bkt Kuda Kelang
Opah Hasnah, ibu tunggal yang berumur 70-an menjaga 15 orang cucu yang terdiri drp cucu-cucunya sendiri yang sebahagiannya kematian bapa ( 2 anak Opah meninggal dunia, ibu mereka menghilangkan diri). Ada juga 4 orang anak2 yang ditinggalkan ibu bapa, yang menghilangkan diri selepas menyerahkan anak mereka pada Opah.







Ziarah kami diiringi sahabat2 drp UmmikuSayang Charity Team-Yeanti, Zarina, Rozanne, rakan baru K'Ida & jiran yg sentiasa memberi sokongan, Ito& Lailee dan keluarga masing2.
Alhamdulillah sewaktu ziarah kali ini, kami berbuka puasa, solat maghrib, isyak & bertarawih bersama2 anak2 yatim dan miskin ini.
Keseronokan tergambar di wajah cucu2 opah & anak2 sukarelawan. Selepas tarawih, Majlis Potong Kek & Pulut Kuning sempena harijadi cucu-cucu Opah-Waris & Hassan, serta anak sukarelawan Nuruddin diadakan.

Opah tiada pendapatan tetap. Mengasuh anak jiran & bantuan orang ramai antara sumber pendapatan.
Opah adalah antara keluarga terawal kami bantu dan uar2kan di internet sejak tahun 2006. Alhamdulillah hasil hebahan di internet & media, keluarga ini dapat melalui kehidupan yg lebih baik.

Cucu2 Opah terurus, kemas & berdisplin, pandai
berdikari dan berakhlak mulia. Itulah hasil didikan Opah yang membela mereka sejak bayi lagi.

Harapan Opah, biarlah cucu2nya pendapat pendidikan yang sempurna, terutama pendidikan agama Islam & al-Quran. Sebab itu Opah lebih pentingkan pembelanjaan persekolahan lebih drp keperluan lain.


Destinasi 4:3~ 13 Ogos 2011-Asrama Penyayang HALUAN, Bkt Naga Shah Alam

Dihuni oleh 15 pelajar lelaki berumur 9-17 tahun, dijaga oleh 3 orang ustaz. Rumah anak yatim & fakir miskin ini di bawah kelolaan HALUAN: Himpunan Lepasan Institusi2 Pengajian tinggi-http:/www.haluan.org.my/
Pelajar perempuan tinggal di asrama Sekolah Ibn Khaldun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini