Selasa, 23 Ogos 2011

Misi Sinar Harapan: Sinar Aidilfitri 1432H/2011




Assalamualaikum
Alhamdulillah Misi Sinar Aidilfitri telah mula digerakkan dalam minggu terakhir Ramadan ini. Sahabat2 seperjuangan kami di P.Pinang, Pn Yati & Pn Norhana, serta sahabat di Redang Panjang Perak, En Jamal meneruskan Misi dengan mengagihkan bantuan bermula 22 Ogos lepas.
5 keluarga ibu tunggal & fakir miskin, serta dua buah rumah anak yatim diziarahi sahabat kita ini di Penang dgn membawa wang & juadah hari raya seperti yg telah diamanahkan. Setiap keluarga menerima sumbangan untuk perbelanjaan membeli pakaian raya utk setiap anak.
Manakala di Redang Panjang, Perak di bawah pengantara En Jamal d'Redang, Alhamdulillah rezeki diterima melimpah2. Ada penderma yang menderma 1000 kampit beras utk diagih2kan. Alhamdulillah pd 22 &23 Ogos lalu bantuan Aidilfitri & beras tersebut telah selamat diagihkan kepada lebih kurang 500 keluarga.
Insya-Allah Misi Sinar Adilfitri akan diteruskan ke destinasi2 seperti berikut:
1. 27 Ogos (Sabtu)-Tapah, Perak
2. 28 Ogos(Ahad)-Pagi-Lenggong, Perak
3. 28 Ogos(Ahad)Petang- Jeli, Kelantan
4. 02 Sept (Jumaat) - Kota Bharu Kelantan
5. 03 Sept (Sabtu) - Pasir Mas, Kelantan
Sumbangan dlm bentuk juadah hari raya seperti biskut raya juga dialu-alukan.
Dialu2kan untuk sahabat2 ikut serta menjayakan Misi Sinar Aidilfitri 1432H/2011 ini.
Jutaan terima kasih buat sahabat2 yg sentiasa menyokong usaha kami. Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita.
Amin.
Untuk maklumat lanjut & sumbangan: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini