Khamis, 16 Disember 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 untuk Anak Yatim & Miskin



Assalamualaikum


Insya-Allah team Misi Sinar Harapan akan berada di destinasi pertama & kedua di Kelantan untuk menunaikan Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah pada hujung minggu ini. Insya-Allah destinasi seterusnya di Perak akan ditentukan tarikhnya kemudian bergantung pada kutipan dana yang diterima (kutipan dana masih diteruskan).


Kami amat alu-alukan kehadiran sahabat2 yg berada di Kelantan untuk sama2 meraikan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 untuk Anak Yatim & Miskin. Majlis dijalankan secara santai, bersama2 sukarelawan membantu anak2 yatim & miskin memilih pakaian sekolah yang dibawa oleh pembekal yang dijemput khas ke tempat majlis dijalankan.


Butiran lanjut:



Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 untuk Anak Yatim & Miskin


Destinasi 1:


Tarikh: 18 Dis 2010, Sabtu

Masa: 3.00petang

Tempat: Kompleks PURNAMA

Jalan Lapangan Terbang,

Pengkalan Chepa,

Kota Bharu 16100, Kelantan


Desinasi 2:


Tarikh: 19 Dis 2010, Ahad

Masa: 10.00 pagi

Tempat:

MADRASAH DARUL QURAN MUHAMMADIAH

PT 47 KG LEMAL PASIR MAS

17000 KELANTAN


Maklumat lanjut:


Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my




Jom sama2 kita turun padang... juga sama2 berkenalan & mengeratkan lagi silaturrahimyang terjalin di alam maya selama ini agar perjuangan ini dapat diteruskan dengan jemaah yang lebih besar dgn ikatan yg lebih teguh besama bantuan drp Allah swt.


Istiqamah & ikhlas kunci kejayaan kita. Semoga dipermudahkan Allah...amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini