Ahad, 12 Disember 2010

Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah"





Assalamualaikum & Salam SejahteraSemoga dilindungi Allah sentiasa.Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah" seperti tahun2 sebelum ini. Jika tahun lepas lebih 100 anak yatim & miskin dapat kita bantu dengan izin & pertolongan Allah, kami harap tahun ini lebih ramai lagi golongan tidak bernasib baik ini dapat dibantu.

Perjuangan kami agak unik, kerana usaha ini digembleng oleh rakan2 maya yang disatukan atas dasar kepercayaan & amanah, walaupun ada antara kami belum pernah berjumpa.
Projek ini anjuran bersama bloggers SanggarSuri ( Eksekutifsuri.com), Al-Jauhar dan d'Redang dengan mendapat sokongan rakan2 bloggers seperti Pondok Craft, Cotton House Malaysia, Ujisweetbites, Suzana Hulaimi & rakan2, Nor Hashima (Respeks & komuniti S.Alam) dan rakan2 maya drp pelbagai egroups seperti UmmikuSayang, Respeks, Resipi.net, Exsemesdians, Ibu, Taman2 Syurga, MelayuTrade, PKSclub dll.
Anggaran perbelanjaan persekolahan untuk 2 pasang uniform, kasut, peralatan & beg sekolah -RM120 seorang. Setakat hari ini 12 Disember 2010 jumlah kutipan dana: RM4079. Kami berharap dapat kumpulkan dana sebelum 20 Dis 2010. Majlis penyampaian sumbangan akan diadakan di daerah masing2.
Kami akan membawa pembekal pakaian & kasut ke tempat sumbangan bagi memudahkan anak2 ini mencuba sendiri pakaian & kasut mereka. Insya-Allah tarikh akan ditentukan kemudian & kami amat mengalu-alukan kehadiran sahabat2 semua untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan anak-anak ini.
Untuk sessi persekolahan 2011 kami berhajat untuk membantu anak2 yatim, miskin & terbiar yang tidak tinggal di rumah kebajikan/rumah anak yatim tetapi lebih tertumpu kepada mereka yang tersisih @ terlepas pandang yang tinggal kawasan2 pendalaman.
Dengan bantuan sahabat2 yang menjejaki mereka, insya-Allah kawasan yang akan dibantu terdiri drp kawasan berikut:
1. Klang, Lembah Subang & Rawang, Selangor 50 orang
(diusahakan oleh UmmikuSayang Charity Team)
2. Perkampungan miskin sekitar Batu Kurau, Perak 20 orang
3. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak 20 orang
4. Daerah Tanah Merah & Pasir Mas, Kelantan 26 orang
5. Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan. 34 orang

Untuk maklumat lanjut Dana Kembali ke Sekolah:
hubungi:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Siti Fadzilah 019224474 sitifrahim@yahoo.com
En Jamaluddin 0195414673 jamaluddinbinhassim@yahoo.com
atau lawati blog:
Juga berikan sokongan untuk membeli sambil menderma:
Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini