Rabu, 22 Disember 2010

Majlis Penyampaian Dana Kembali ke Sekolah & Sumbangan Fakir Miskin
















Assalamualaikum
Alhamdulillah Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah untuk beberapa destinasi di Kelantan tertunai sudah. Walaupun dana tidak menepati budget asal, Alhamdulillah dapat juga kami tunaikan harapan mereka untuk memiliki dua pasang uniform sekolah & kasut sekolah baru. Dana Kembali ke Sekolah sehingga 21 Dis 2010 ialah RM5704, manakala perbelanjaan RM5800.

























Untuk Majlis di Pasir Mas ditunda kepada hari Khamis 23 Disember atas sebab2 keuzuran di pihak penganjur & pembekal. Seramai 20 orang pelajar miskin telah dikenal pasti & sebanyak RM2000 perbelanjaan untuk projek ini.

Alhamdulillah di Pengkalan Chepa, majlis berjalan lancar dengan perbelanjaan sebanyak RM3300 untuk 34 pelajar miskin, manakala RM1000 disedekahkan oleh seorang sahabat WENA untuk sumbangan barang makanan bagi 20 ibu tunggal & miskin, RM1000 lagi untuk 20 fakir miskin di Lenggong, Perak.




















Manakala bantuan persekolahan sebanyak RM500 diberikan kepada satu keluarga miskin di Jeli, Kelantan yang memiliki 10 orang anak, yang 5 daripadanya masih bersekolah.


Misi kami diteruskan untuk ke beberapa destinasi seterusnya di kawasan Perak, khususnya perkampungan miskin sekitar Chepo & Kg Temelong, Lenggong, Perak. Seramai 50 orang pelajar dikenal pasti untuk menerima bantuan.

Kami masih berharap masih ada yang sudi menghulurkan bantuan demi menunaikan Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah untuk destinasi seterusnya di Perak.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:


Maybank: 112080512445


atas nama: SITI FADZILAH ABDUL MANAP



Sila email/sms slps bank in untuk rekod (019-2224474 sitifrahim@yahoo. com)




Untuk maklumat lanjut:



Puan Siti 019-2224474 sitifrahim@yahoo. com





Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my





Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah. Amin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini