Hujung minggu lepas (13-16 Ogos), kami bercuti di Kelantan sambil mengatur aktiviti menziarah fakir miskin dan anak yatim di sana dalam Misi Sinar Harapan: Ramadan & Syawal. Namun, hari2 cuti kami dipenuhi program ziarah yg di luar jangkaan...ramai betul yang perlukan bantuan. Maklumat fakir miskin menerjah masuk, satu-persatu sampai tidak tahu mana satu hendak dituju.
Prinsip kami, setiap maklumat yang diterima perlu diselidiki dan kami perlu turun padang melihat sendiri penderitaan mereka. Kami memilih calon yang perlu dibantu drp golongan yang gigih berusaha bukan sekadar mengharapkan bantuan semata-mata & orang2 yang teguh pegangan & kepercayaannya kepada Allah
rumah K'Azizah di Jeli yang dibina berderetan bersama ibu bapa & adik-beradiknya yang lain. Seumpama kawasan setinggan di Kuala Lumpur.
Tahfiz Bersepadu al-Majami, Pasir Mas yang daif dan perlukan bantuan demi menyediakan tempat belajar yang lebih selesa
ruang belajar yang juga ruang makan di halaman rumah (porch). Ruang dalam rumah menjadi asrama. Tiada alas tikar & tilam. Hanya tidur berlapikkan toto.
Tidak hiraukan cuaca panas & keletihan kami menziarah dari satu rumah ke satu rumah..namun rumah mereka tidak layak dipanggil rumah pun, sekadar bangunan sempit batu-bata tidak siap, dan ada yang tidak beralas pun, perabot jauh sekali..
Sayu rasa hati setiap kali masuk ke rumah mereka..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Kami membawa sumbangan wang & bekalan makanan untuk persiapan Ramadan. Keluarga K'Azizah, anak 10 orang di Jeli
Sibuklah kami, mencatat & mengambil gambar (ada yang tidak sempat dirakamkan). Sehingga kami sendiri gundah memikirkan keluarga mana perlu dibantu. Paling kurang janji saya, sekurang2nya lepaslah belanja baju raya untuk anak2..
Ada keluarga yang mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk bantuan mesin & peralatan percuma, tetapi tiada modal utk membeli bahan mentah untuk memproses produk (kek, pau, kacang etc). Ada keluarga yang terpaksa menolak tawaran sewa tapak gerai drp kerajaan kerana tidak mampu membayar sewa yang cuma RM97 sebulan kerana wang simpanan yang ada cukup2 untuk belanja bersalin.
K'Azizah baru melahirkan anak kesepuluh pada hari Ramadan pertamaDi kesempatan itu, syukurlah kami ada membawa sedikit wang kiriman sahabat2..dengan wang tersebut kami dapat tunaikan hasrat keluarga terbabit untuk mendapatkan tapak gerai tersebut..semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada keluarga ini untuk mengubah nasib mereka.
Terlalu banyak cerita duka yang mahu ditulis..tapi tiada daya saya meneruskannya. Insya-Allah saya akan update maklumat & gambar2 ziarah kami di dalam blog Sanggar Suri nanti.
Untuk maklumat keluarga miskin, mualaf & anak yatim boleh rujuk di halaman sebelah.
Paling tidak, kami berazam menunaikan janji kami untuk mencari dana bagi menyediakan Sepasang Baju Baru buat mereka. Insya-Allah dalam email berasingan saya akan senaraikan nama calon2 anak yatim & fakir miskin utk program-
Misi Sinar Harapan: Sepasang Baju Baru di Aidilfitri.
Buat sekian kalinya..terima kasih tidak terhingga atas kepercayaan sahabat2 semua memberi peluang kepada kami menjadi pengantara & jambatan kecil menghubungkan sahabat2 dengan mereka yang tidak bernasib baik. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memilih kami untuk menggalas amanah ini. Tiada apa yang kami harapkan selain keberkatan & keredaan Allah swt.
Semoga Allah Memberkati usaha & rezeki kita...amin
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini