Rabu, 18 Ogos 2010

Projek Tabung Susu Mei-Julai

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Assalamualaikum

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN anjuran Eksekutifsuri.com dengan kerjasama UmmikuSayang Charity Team, Al-Jauhar & d'Redang serta sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Mei, Jun & Julai dapat diselesaikan walaupun terdapat beberapa halangan. Dana Tabung Susu semakin berkurangan dan kami terpaksa membeli susu secara berperingkat mengikut dana yang ada.

Bagi mengatasi masalah ini, pemberian susu bermula Ogos 2010 hanya diutamakan kepada kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, keutamaan kepada anak2 baru bercerai susu ibu dlm lingkungan 2 tahun.


Penyerahan untuk bulan Mei, Jun, Julai

1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang (15 orang)

No.Tel: 012-3751444(Pn Nadia)/ 0139219866 (Zaphir)


Tarikh serahan: 30 Mei, 25 Jun, 13 Julai 2010

2. Puan Hasnah (Opah yang menjaga 12 cucu), Bukit Kuda, Klang (3 orang)

No. Tel: 03-33432397

Tarikh serahan: 30 Mei, 3 Julai (Jun) 17Julai

3. Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan (5 orang)

No.Tel: 013-4550013(Pn Rohana)

Tarikh serahan: 12Mei, 23 Jun, 10 Julai 2010 (melalui pos)

4. Asrama Haluan Penyayang, Klang (3 orang )

No Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)

Tarikh serahan: 30 Mei,3Julai(Jun), 17 Julai

5. Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Batu Kurau, Selama & Lenggong, Perak
(30 orang)

Maklumat lanjut: d'redang



No.Tel: 019-5414673 (En Jamaluddin)
Tarikh serahan: 30 Mei, 30 Jun, 10 Julai 2010, (melalui En Jamaluddin)

6. Puan Nur Atikah Mar Pha bt Abdullah(Mualaf) (2 orang)
Lot 3591-1C Kg Melayu Subang, Shah Alam.
No Tel: 019-2224474 (Nur Atikah) atau 0192224474 Puan Siti (pengantara)


Anggaran Jumlah Anak: ><58>
Kos Susu: RM4176 sebulan

Insya-Allah kutipan dana masih dijalankan. Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan.
Sahabat boleh membantu dengan cara:
  1. Menjadi penyumbang tetap RM72/anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos pembelian & penghantaran 4 paket susu untuk seorang anak yatim/miskin.

  2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.

  3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Halib's (dulu dikenali sebagai Raudhah) yang dijual dengan harga RM22.90(WM)/RM24.90(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (Maklumat Susu Raudhah - www.eksekutifsuri.com).

Sahabat boleh memilih mana2 keluarga atau rumah anak yatim yang mahu ditaja atau menyalurkan maklumat tentang saudara, jiran atau sesiapa sahaja yang daif kehidupan mereka untuk dibantu. Sahabat juga boleh menaja mereka dan urusan penghantaran susu akan diuruskan oleh kami.


Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin

emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.


Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .


Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini