Assalamualaikum
Masih basah di ingatan saya pada suatu ketika dahulu pernah terbaca kisah dua beradik miskin berjual etak (sejenis kepah) di tepi jalan demi mengumpul wang untuk membeli sepasang baju raya. Semenjak dari itu, saya berazam untuk berusaha memenuhi impian golongan seumpama ini.
Baru2 ini semasa ziarah Misi Sinar Harapan: Ramadhan& Syawal, buat sekian kalinya hati saya terusik melihat kedaifan mereka. Wang sumbangan kiriman sahabat2 terpaksa saya agihkan sedikit seorang agar sama merasa. Andainya ada rezeki, paling kurang mereka berhak untuk tinggal di rumah yang lebih selesa. Tapi apakan daya saya, sebelum meninggalkan mereka, janji saya paling kurang ada pakaian baru di Aidilfitri nanti..itu sahaja usaha yang mampu saya lakukan dengan bantuan sahabat2 di alam maya.
Sekiranya sahabat2 ingin membantu bolehlah bersama saya berusaha memenuhi impian mereka ini. Dalam senarai ada 68 dewasa (termasuk anak2 berumur 13 tahun ke atas), 13 kanak-kanak dan 30 warga tua yang daif & perlu dibantu (rujuk senarai di bawah).
Anggaran perbelanjaan:
1. Dewasa (jubah, baju kurung, baju Melayu) 68xRM45=RM3060
2. Kanak-kanak (jubah, baju kurung, baju Melayu) 13xRM30=RM390
3. Warga tua (perempuan-telekung) 15xRM30=RM450
4.Warga tua (lelaki-kain pelekat) 15 xRM15=RM225
JUMLAH: RM4125
Sahabat2 boleh rujuk maklumat lengkap tentang anak yatim, miskin dan mualaf di halaman Maklumat Anak Yatim & Miskin seperti di sebelah. Sumbangan boleh dihantar terus kepada mereka atau disalurkan melalui akaun di bawah untuk pengumpulan dana & proses pembelian. Insya-Allah urusan pembelian baju nanti akan diserahkan kepada salah seorang asnaf fakir miskin, sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit pendapatan kepadanya.
Untuk Sumbangan
Malayan Banking Berhad
No. Akaun : 564593050270
Nama : Norlaili Talib
Sila email info sumbangan untuk maklumkan berapa jumlah wang yang disumbangkan & tarikh
eksekutifsuri@yahoo.com.my @ sms 012-3614014
Usaha ini dijalankan serentak degan Jualan Amal Serunding untuk mengumpul dana persiapan Ramadan & Syawal - anak yatim, miskin, mualaf & tahfiz.
Maklumat Calon Penerima Bantuan Baju Raya
KELUARGA (1)
Nama :Azizah Awang Lah (ibu), Mohd Fazli (ayah)
Status: Fakir Miskin
Alamat: No 242 Blok Tumpat, 17700 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan
Jumlah: 12 (ibu,ayah & 10 anak-umur 2 minggu hingga 17 tahun)
KELUARGA (2)
Nama :Rohayati bt Ghani (ibu), Ahmad Nefly Nawi (ayah)
Status: Fakir Miskin
Alamat: No 119 Blok K, Tmn Rantau Mas 17200, Pasir Mas, Kelantan
Jumlah: 4(anak-umur 4-9tahun)
KELUARGA (3)
Nama : Asiah binti Mamat (ibu), Ghani b. Saat (ayah)
Status: Fakir Miskin, warga tua. Anak 9, 4 masih belajar
Alamat: No 242 Blok Tumpat, 17700 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan
Jumlah: 6 (ibu,ayah & 4 anak yg masih belajar)
KELUARGA (4)
Nama : Siti Khadijah Akmal Jamil (kakak, penjaga)
Status: Fakir miskin, pelajar, anak yatim piatu
Alamat: Lot 604, Kg Chempaka, Jln Panji,16100, Kota Bharu, Kelantan
Jumlah: 5 (adik-beradik yatim piatu)
KELUARGA (5)
Nama : Siti Zulaikha bt Abdullah (ibu), Abdul Ghani(ayah)
Status: Miskin, mualaf, OKU, anak kedua (umur setahun ½) sakit jantung berlubang
Alamat: 1413 Jln Rambutan Rendang, Kota Bharu, Kelantan
Jumlah: 4 (ibu,ayah & 2 anak-umur 5 &1 1/2)
KELUARGA (6)
Nama : Nurhidayah bt Abdullah (ibu)
Status: Miskin, mualaf, ibu tunggal, sakit dalam rahim
Alamat: Lot 1131 Jln Kubang Lega, Kg Hutan Pasir, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Jumlah: 4 (ibu & 3 anak-umur 9-12)
KELUARGA (7)
Nama : Junira Eatit bt Abdullah (ibu)
Status: Miskin, mualaf, balu, ketumbuhan dlm rahim
Alamat: 3507B, Jln Sultanah Zainab, Kg Sireh, Kota Bharu
Jumlah: 3 (ibu & 2 anak yatim-umur 15&17)
TAHFIZ & WARGA TUA
- Nama : TAHFIZ BERSEPADU AL-MAJAMI
Status: kebanyakan pelajar anak yatim & miskin
Alamat: PT 5004 Tmn Sri Mas, Lubok Jong,17070 Pasir Mas,Kelantan
(Tn Hj Abu Dzar: 014-5423903/ Pn Hjh Rosmawati:013-9880523)
Jumlah: 23 (penjaga 3 & pelajar 20)
- Nama : MADRASATUL QURAN MUHAMADDIYAH
Status: kebanyakan pelajar anak yatim & miskin
Alamat: PT 47 Lorong Hasanah Konok,17000 Pasir Mas,Kelantan
(Ustaz Khairul 013-9595786)
Jumlah: 23 (penjaga 4 & pelajar 19)
- Nama Pengantara : Cikgu Sharizan (013-4847732)
Alamat: Kampung Temelong, Lenggong Perak
Status penerima: warga tua, fakir miskin
Jumlah: telekung (15), kain pelekat (15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini