Isnin, 27 September 2010
Misi Sinar Ramadhan & Syawal-Tertunai sudah..
Ziarah Ramadan..saksikan keceriaan penerima2 bantuan & perjalanan ziarah kami sepanjang Ramadan
Assalamualaikum
Pertamanya, syukur ke hadrat Illahi kerana mempermudahkan usaha kami. Bertambah2 manis lagi usaha kami ini dapat dijalankan secara bergandingan dengan sahabat2 aktivis bebas melalui blog masing2 yang bergabung tenaga bersama mengumpul dana & menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan & Syawal di kawasan masing-masing di beberapa negeri. Alhamdulillah kami dipertemukan dengan sahabat2 berhati mulia dan dermawan yang majoritinya tidak kami kenali & hanya berhubungan di alam maya (internet).
Sahabat2 hulurkan, kami sampaikan..
sumbangan barangan makanan & susu tepung
Matlamat utama pada mulanya sekadar untuk meringankan beban perbelanjaan sepanjang Ramadhan & sambutan Syawal, paling kurang janji kami akan hulurkan Sehelai Baju Baharu di Aidilfitri. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Kami bukan sahaja dapat membelikan pakaian baharu, malah dapat menghulurkan sumbangan barangan makanan, wang tunai dan mengadakan jamuan untuk mereka. Secara keseluruhan perbelanjaan yang disalurkan melalui Eksekutifsuri.com( diagih2kan di Kelantan, Penang, Perak) hampir RM15K, manakala jumlah keseluruhan yg diusahakan sahabat2 aktivis dlm RM50K. Jumlah keluarga, pusat2 tahfiz & rumah anak yatim yang dibantu hampir 500 keluarga/rumah . Lebihan sumbangan & sumbangan yang diterima slps ini akan kami salurkan ke dalam Tabung Dana Kembali ke Sekolah.
Derma yang disalurkan melalui Eksekutifsuri disampaikan dlm bentuk sumbangan barangan makanan, pakaian hari raya & wang tunai(individu RM50-RM100, keluarga kecil RM200, keluarga besar RM300, rumah anak yatim & pusat tahfiz RM500-RM1000).
Antara penerima sumbangan:
Mualaf
Pelajar Tahfiz & Madrasah al-Quran
pelajar tahfiz, miskin tapi rajin & bijak
Madrasatul Quran Muhammadiyah
Keluarga Miskin
Kak Azizah, Ibu gigih 7 anak..walaupun miskin, pelajaran diutamakan
Ibu tunggal & anak yatim
akematian bapa ketika masih bayi
ibu tunggal 2 anak, seorang OKU
baru 2 minggu kematian bapa sekaligus hilang punca pendapatan (arwah bapa penjual air batu di tepi jalan)
Anak Yatim Piatu
Tasha 8 tahun
Akmal & adik2 (6 beradik)
Bertambah manis, usaha kami ini turut dapat menyelamat sebuah masjid tua di Lenggong, Perak (dibina tahun 1842) drp dirobohkan. Di masjid inilah kami banyak adakan majlis meraikan anak yatim & fakir miskin selain menyajikan majlis ilmu. Alhamdulillah melalui sumbangan orang ramai, masjid ini dapat dibaikpulih dan terus menerima jemaah. Malah setiap jemaah masjid yang rata-ratanya terdiri drp golongan miskin telah dihadiahkan sepasang telekung & kain pelekat pada bulan Ramadhan yang lalu.
dibina pada tahun 1842..bantahan penduduk menyelamatkan masjid yang diwakafkan ini. Jemaah ramai bersolat disini hingga melimpah keluar pada hari raya baru2 ini. Majlis ilmu dan aktiviti mengimarahkan masjid sering diadakan di sini.
sukarelawan yang banyak membantu: Ustaz Rosli (suami Pn Rozita), Ahmad Nizam (dr EksekutifSuri.com), Puan Shahrizan & suami (pengantara kawasan Lenggong)
antara sumbangan diterima: sejadah, al-Quran, surah Yassin, karpet baru, pembaikpulihan pendawaian & atap. Jemaaah menerima telekung @ kain pekekat setiap seorang selain bantuan barangan makanan untuk fakir miskin.
Syukur Alhamdulillah, Ramadhan & Syawal ini bukan sahaja mengeratkan lagi ikatan persahabatan para sukarelawan & dermawan, malah dapat mendidik hati2 kami & anak2 kami untuk menjadi insan yang lebih bersyukur dengan kurniaan Allah apabila melihat penderitaan orang lain & berazam untuk berusaha dengan lebih gigih untuk membebaskan diri drp kemunduran seterusnya dapat berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Inilah produk Universiti Kehidupan yang kami harapkan...semoga anak2 kami akan mewarisi semangat kami seperti mana ayah bonda kami mendidik kami dahulu..
tulang belakang..suami & anak2 tercinta
antara ahli keluarga yang banyak membantu
Terima kasih terutamanya pada ayahanda & bonda Hj Talib Muhammad & Hjh Noraini Jamaliah serta adik2 yang banyak membantu, suami Ahmad Nizam & anak2 yang tidak pernah merungut walau badan penuh berbintat2 dengan gigitan nyamuk, bertarung dengan lintah & pacat, berkubang dengan lumpur, berpanas & berhujan..sepanjang meredah kampung menziarah fakir miskin.
Doa kami agar pendidikan melalui Universiti Kehidupan ini dapat membentuk anak-anak kami menjadi Insan yang soleh & solehah yang bermanfaat pada orang lain, tawaduk, qanaah, menghargai kehidupan dunia & akhirat.
Jutaan Terima Kasih pada sahabat2 seperjuangan dan keluarga masing2: En Jamaluddin Hassim (Taiping, Perak), Cikgu Shahrizan (Lenggong, Perak), Puan Norhana (Pulau Pinang), Puan Siti (Subang, Shah Alam), Puan Rozita (Klang, Shah Alam, Bangi), Puan Roshayati & Maksu (Kelantan), Puan Dayang Lily, Puan Hani, Puan Yeanti, Pn Zarina Semuri dan rakan2 drp UmmikuSayangCharity Team.
Jutaan terima kasih tidak terhingga keapada para dermawan dr dalam & luar negara yang mempercayai kami dalam usaha melaksanakan amanah ini.
Insya-Allah usaha kami akan diteruskan untuk Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah & Projek Tabung Susu untk Anak Yatim & Fakir Miskin.
Berita & gambar2 ziarah & aktiviti2 bulan Ramadhan & Syawal boleh juga dilihat di blog:
SanggarSuri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/
Al-Jauhar http://www.aljauhar2.blogspot.com/
d'Redang http://www.jamalhassim.blogspot.com/
UKS Charity Team http://www.ummikusayangactivities.blogspot.com/
Terima kasih..Semoga Usaha & Rezeki Kita diberkati Allah..amin
Elly&Nizam
EksekutifSuri.Com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini