Rabu, 5 Ogos 2009

Tolong Doakan Anak Saya

Assalamualaikum

Baru sahaja mlm Khamis lepas saya baca berita tg Virus H1N1.. sayu hati saya membaca berita tentang merebaknya virus ini sehingga meragut nyawa. Dan malam itu juga anak saya dimasukkan ke hospital.

Kadang2 kita leka @ lupa bahawa apa yg berlaku pada orang lain tidak mustahil berlaku pada kita, wpun pelbagai cara pencegahan diambil, klu sudah takdir Allah hadir utk menguji kita, walau siapa pun kita, ketentuan Allah itu tiada siapa dpt jangka..

Mungkin saya tidak dpt membaca email sehingga minggu depan kerana berada di sisi puteri bongsu saya. Hari minggu pulang sekejab menjenguk anak2 yg lain.

Tolong doakan anak saya, Noraini Ezzati Ahmad Nizam, 5 bulan. Dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sg Buluh kerana disyaki dijangkiti Virus H1N1..saya yakin puteri saya kuat semangat, wpun berat badannya semakin kurang kerana tidak dapat menyusu akibat jangkitan kuman pada paru-paru...

Keputusan ujian H1N1 akan diketahui minggu depan...setiap detik saya berdoa agar tekaan para doktor tidak tepat. Harap sahabat2 semua turut doakan anak saya & keluarga saya sembuh sepenuhnya ..amin.

Terima kasih
01/08/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini