Rabu, 5 Ogos 2009

Tolong Doakan Anak Saya..terima kasih



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Saya amat bersyukur kerana dipilih Allah utk bertemu dgn ramai sahabat di alam maya. Sahabat2 inilah yang sentiasa bersama dlm suka & duka. Uniknya persahabatan tanpa kenali rupa paras, hanya email & sms penghubung ikatan.

Manisnya, kala saya banyak di timpa musibah, sahabat2 inilah yg hadir mendoakan saya.
Terima kasih atas doa kalian, Alhamdulillah Noraini Ezzati sudah beransur pulih dan dibenarkan keluar hospital. Pada awalnya, doktor menyatakan bahawa anak saya masih perlu dirawat kerana paru2nya masih lemah kerana dijangkiti kuman, tapi dibenarkan keluar dgn dibekalkan ubat agar dapat memberi laluan kepada pesakit yang lebih kronik..terlalu ramai pesakit sehingga ada yg terpaksa menunggu kerana katil tidak mencukupi.

Suasana sesak & cemas di hospital menginsafkan saya..betapa wabak H1N1 telah mula menular & tidak boleh dipandang remeh. Semasa di wad pengasingan saya memerhatikan dengan penuh insaf segala pengorbanan kakitangan hospital. Walaupun ada jururawat yang sempat membisikkan pada saya: " Kami sebenarnya takut, kak..", tapi saya kagum dengan kepatuhan mereka pada tugas & lakukan tanggungjawab dengan baik demi kesejahteraan orang lain.

Terima kasih sekali lagi pada semua. Maaf kerana telefon saya, entah apa silapnya 3 hari berturut2 tidak dpt menerima sebarang sms. Dan suasana sibuk di wad dengan kAdd Imageunjungan pelbagai pangkat doktor & pelbagai prosedur rawatan hospital membataskan saya utk melaporkan perkembangan anak saya.

Semoga Allah melindungi kita semua..amin.

06/08/09

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. aiik dah ada comment..hihi..
    akak dah jadik housewife ek skrg..harap baby lebih sihat lepas ni..
    ~ ito@ haus 10

    BalasPadam

Sila titipkan ulasan anda di sini