Khamis, 16 Julai 2009

Biar yang Dikejar Tak Dapat Jangan Dikendong Berciciran

Salam


Sudah lama idea ini menyesak2 benak ini..hampir 5 bulan lalu, kala saya melahirkan cahaya mata kelima..sejak itu saya kemaruk nak menulis, tapi kekangan masa sentiasa menjadi alasan klise..ahh..semua orang diberi 24 jam sehari oleh Allah swt..


Saya amat bersyukur kerana dipilih Allah utk bertemu dgn ramai sahabat di alam maya. Sahabat2 inilah yang sentiasa bersama dlm suka & duka. Uniknya persahabatan tanpa kenali rupa paras, hanya email & sms penghubung ikatan.

Manisnya, kala saya banyak di timpa musibah, sahabat2 inilah yg hadir mendoakan saya.

Dan proses melahirkan khalifah Allah dari rahim saya kali ini juga amat manis kerana disertakan doa2 kalian. Walaupun sungguh panjang senarai risiko yang doktor lampirkan, tapi semangat saya untuk lahirkan cahaya mata kelima saya ini amat utuh.

Pada saat bertarung nyawa di bilik bersalin..semasa memejamkan mata, tiada lain yang tergambar..selain wajah anak2 & suami..ada ayah & emak sedang bersujud mendoakan saya..tambah manis terbayang doa2 yang dititip sahabat2, dan antara sedar & tidak terbayang wajah2 mulus anak2 yatim & miskin serta wajah Mck Hasnah yang pernah saya bantu..

Wajah2 mereka menjadi penguat semangat saya, dan seterusnya meredakan kesakitan yang saya tanggung...

Alhamdulillah berkat doa semua saya selamat melahirkan anak kelima pada 16.02.09. Semalaman saya tidak tidur..saya muhasabah diri & terfikir2:

apakah lagi yang saya cari dalam hidup ini?

Allah kurniakan saya 5 orang cahaya mata-3 lelaki, 2 perempuan; suami yang baik & penyayang, sahabat2 yang prihatin...Saya ada sedikit bakat & kemahiran yg Allah kurniakan, ada minat, ada kerjaya..

Tapi selalu berasalan tiada masa..terasa segalanya deras berlalu..

Saya tidak boleh ketepikan masa untuk anak2, membaca email & luahan hati sahabat2 maya, mengambil tau & memanjangkan sedekah sahabat2 kepada anak2 yatim & miskin, minat & bakat menulis, perniagaan kecil-kecilan, kerjaya..ahh..banyak perkara yang saya tidak boleh tinggalkan.

Namun...saya perlu akur..tibalah masanya saya berundur drp terus mengejar dan mengejar..

...akan disambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini