Isnin, 11 Disember 2017

[ MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2018 ]

[ MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2018 ]

PENDIDIKAN adalah salah satu Misi penting kami dalam usaha membawa keluar saudara asnaf kita daripada kepompong kemiskinan. Sedaya-upaya kami akan berusaha meringankan beban mereka, terutama keluarga ibu tunggal & anak yatim

Terutama keluarga yang pendapatan mereka terjejas akibat Musim Tengkujuh.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Kembali ke Sekolah 2018 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kami teruskan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama berkongsi rezeki, sama ada dalam bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. KELANTAN:
Beberapa kampung sekitar Manik Urai, Gua Musang, Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan

2. PERAK: Perrkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak

3. SELANGOR: Sekitar Hulu Selangor dan beberapa kawasan miskin bandar.

Sasaran: 200 pelajar x RM150

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Beg Sekolah
2. Bekas Pensel & Alat Tulis
3. Calculator
4. Kewangan:
 (i) pembelian buku&bayaran yuran
 (ii) pembelian pakaian sekolah

Untuk maklumat lanjut:

Elly(SanggarSur) 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Sahabat Sanggar Suri Kelantan.
(Pusat Pengumpulan):

Haris b Mahmud
Kelas Qiraati & Pengajian Islam
Lorong Kedai Kopi Sudi,Kg.Bakat Hilir,17200 Rantau Panjang,Kelantan.

Mie Gstk 019-9107987/011-2562 4234(WA).

atau lawati blog:
Sanggar Suri

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan mampu menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin.

Jazakumullah khairan kathira

#SanggarSuri
#MisiKembalikeSekolah
#MisiSekolahSanggarSuri
#MisiKembalikeSekolah2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini