Rabu, 13 Disember 2017

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2018: RANTAU PANJANG Fasa 1

[ MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2018: RANTAU PANJANG Fasa 1 ]


RABU 13 DIS 2017
5.00 PETANG
RANTAU PANJANG, KELANTAN.


FASA 1 :


ALHAMDULILLAH.. Berbekalkan jumlah dana terkumpul RM2000 kiriman sahabat2 penyumbang, hari ini Fasa Pertama Misi Kembali ke Sekolah 2018 dapat dijalankan.

Sahabat Sanggar Suri meraikan anak-anak Asnaf membeli uniform sekolah di MYDIN Rantau Panjang. Seramai 15 orang anak2 Asnaf diraikan untuk fasa 1 kali ini.

Terima Kasih buat para dermawan dan kerjasama pihak MyDin yang sudi memberi harga diskaun untuk Misi Kembali ke Sekolah 2018 ini..

Semoga ada rezeki lagi untuk anak-anak asnaf yang lain.

Sanggar Suri sebagai perantara dari marhaen untuk marhaen..

Sama Cakna
Sama Rasa

**Gambar & Berita drp Sahabat SanggarSuri Kelantan pimpinan Mie Gstk

*****************************

[ MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2018 ]

PENDIDIKAN adalah salah satu Misi penting kami dalam usaha membawa keluar saudara asnaf kita daripada kepompong kemiskinan. Sedaya-upaya kami akan berusaha meringankan beban mereka, terutama keluarga ibu tunggal & anak yatim.

Terutama keluarga yang pendapatan mereka terjejas akibat Musim Tengkujuh.
Insya-Allah kami akan teruskan Misi Kembali ke Sekolah 2018 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kami teruskan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama berkongsi rezeki, sama ada dalam bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. KELANTAN:
Beberapa kampung sekitar Manik Urai, Gua Musang, Rantau Panjang & Pasir Mas.

2. PERAK: Perrkampungan miskin sekitar Lenggong.

3. SELANGOR: Sekitar Hulu Selangor dan beberapa kawasan miskin bandar.

Sasaran: 200 pelajar x RM150

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Beg Sekolah
2. Bekas Pensel & Alat Tulis
3. Calculator
4. Kewangan:
(i) pembelian buku&bayaran yuran
(ii) pembelian pakaian sekolah
Untuk maklumat lanjut:

Elly(SanggarSuri) 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Sahabat Sanggar Suri Kelantan.
(Pusat Pengumpulan):
Haris b Mahmud
Kelas Qiraati & Pengajian Islam
Lorong Kedai Kopi Sudi,Kg.Bakat Hilir,17200 Rantau Panjang,Kelantan.
Mie Gstk 019-9107987/011-2562 4234(WA).

atau lawati blog:
Sanggar Suri.

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan mampu menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin.
Jazakumullah khairan kathira.

#SanggarSuri
#MisiKembalikeSekolah
#MisiSekolahSanggarSuri
#MisiKembalikeSekolah2018


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini