Jumaat, 20 Mei 2016

[ MISI MENARA GADING: Miskin Bukan Penghalang... ]






    [ MISI MENARA GADING: Miskin Bukan Penghalang... ]
    ~Sumber Inspirasi & Pencetus Semangat~
    "Kamu anak siapa?" sapa seorang pegawai kerajaan yang berjawatan agak tinggi di sebuah institusi, semasa saya menyertai Misi Kebajikan di situ..
    " Cikgu Talib..." Jawab saya..
    Sambil menyeka air matanya, Pegawai itu mula bercerita kisahnya kira-kira 40 tahun dahulu, ketika dia sudah melupakan niatnya untuk ke Universiti akibat kemiskinan. Waima untuk beli tiket keretapi pun tidak mampu.
    Ayahlah yang datang memujuk dan membantu menampung perbelanjaannya untuk melanjutkan pelajaran.
    "Jika bukan kerana Cikgu Talib datang rumah, pujuk saya dan belikan tiket keretapi pada masa itu, mungkin saya tidak ada di sini..."
    Ayah selalu masuk kampung jumpa anak2 muridnya untuk bagi semangat, apabila mereka hampir2 menolak masuk Universiti lantaran kemiskinan..
    Ayah..usahamu kuwarisi insya-Allah..
    Itu kisah 40 tahun dahulu.... dan kisah seumpama itu berulang-ulang setiap tahun sehingga kini...
    Rata-rata anak-anak asnaf yang kami temui hanya menyimpan surat tawaran bersama sedikit harapan ....sementara menunggu ibu dan bapa "cari duit". Kalau terlepas tarikh daftar sementara usaha cari duit itu, maka terlepaslah...
    Alhamdulillah hasil usaha bersama sahabat-sahabat di alam maya melalui Misi Menara Gading, sejak tahun 2010 dengan izin Allah kita berjaya menunaikan harapan lebih 50 orang pelajar miskin yg tidak mampu ke menara gading...
    Betul..takdir itu ketentuan Allah... namun sekurang-kurangnya kita berusaha. Allah akan lorongkan jika kita ada niat yang baik. Allah akan temukan kita dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kita. Dan Allah juga yang kirimkan bantuan-Nya melalui insan-insan berhati mulia untuk membantu usaha kita ini..
    Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian...Jazakumullah khairan kathira...
    Insya-Allah Misi Menara Gading akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Semoga anak-anak ini mendapat masa depan yang lebih cemerlang, dan akan pulang bersama kejayaan seterusnya dapat menabur bakti pula kepada keluarga dan penduduk kampung... amin...
    Teruskan bersama kami ...
    FB: Elly EksekutifSuri
    WA/Telegram/SMS: 012-3614014
    Jazakumullah khairan kathira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini