Jumaat, 20 Mei 2016

MISI MENARA GADING 2016-Sumbangan untuk Pelajar Miskin ke IPTA



Musim "masuk U" dah bermula... 


Apa khabar anak-anak kita di ceruk-ceruk kampung? Jangan sampai mereka terpinggir dan terlepas peluang ke menara gading semata-mata kerana masalah kewangan...



Petang tadi saya mendapat berita daripada sahabat di lapangan, ada dua orang anak yatim mendapat tawaran ke Universiti tetapi tidak cukup wang untuk membayar yuran dan menampung perbelanjaan ke Universiti. 



Baru seorang sahabat yang kirimkan berita..
Belum lagi khabar daripada sahabat-sahabat lain di lapangan...



Kisah seumpama ini bagai ditayang semula berulang-ulang setiap tahun. 
Kami menyeru sahabat2 yang berhati mulia bersama2 kami berjemaah membantu anak-anak ini demi mencapai cita-cita mereka, agar nanti insya-Allah ada sinar yang bakal dibawa pulang anak-anak ini untuk mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik..



Setakat hari ini ada dua orang anak yatim yang perlukan bantuan segera untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM.. ada lagi calon-calon yang menanti.



1. Wan Nur Asyikin Wan Hassan



Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.



Tawaran: Diploma Sains Gunaan UiTM Jengka
Tarikh :Daftar 23.5.16



YURAN: RM693
PERBELANJAAN PERSEDIAAN: RM500



Status: Anak yatim 8 adik beradik
Umur: 18-38 tahun
( Seorang kerja kerajaan, 2 kerja kilang, 1 buruh, 3 belajar di UTHM Batu Pahat & UMK Jeli, dan Asyikin UiTM)



Maklumat Ibu: 



Ibu mengambil upah membuat kerja-kerja kampung sekitar Masjid Pulau Pisang dan menerima sumbangan orang kampung disamping sumbangan anak-anak yang bekerja.
Dulu ibunya pernah menerima elaun ladang rakyat RM200 sebulan sehingga umur 60 tahun..
Bapa meninggal dunia pada tahun 2011.



2. Wan Ismail Hakqi B Wan Ismail Fakri



Tawaran: Asasi Kejuruteraan, Uitm Dengkil
Tarikh Daftar 23.5.2016



YURAN: RM693
PERBELANJAAN PERSEDIAAN: RM500



Status anak yatim 6 adik beradik
( semua asih belajar: 3 di IPTA, 2 sekolah menengah, 1 sekolah rendah)



Maklumat Ibu: 


Puan Kamariah Yajid

Suami meninggal Jan 2014
Rumah tidak sempat siap, masih menumpang dgn adik beradik suami
Kerja pembantu kedai runcit adik ipar
Gaji RM500-600 sebulan.



**************************************************************************
UPDATE: 19 MEI 2016



~KUASA KERJA BERJEMAAH..



Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat. 



Alhamdulillah dengan sokongan sahabat & berkat kerja berjemaah, 
dana Menara Gading utk Wan Haqki & Nurasyikin sudah cukup untuk menampung yuran & sebahagian wang belanja..



Insya-Allah kita dapat bantu ringankan beban mereka dengan menghulurkan RM1500 setiap seorang. Dengan wang ini anak-anak yatim ini telah menjelaskan yuran mereka. Jazakumullah khairan kathira buat semua insan berhati mulia yang membantu..



MISI MENARA GADING diteruskan agar lebih ramai anak-anak golongan tidak mampu dapat kita bantu...



Kita sama2 tampung kos yuran & perbelanjaan semoga dapat meringankan beban keluarga mereka...



Insya-Allah kami dalam usaha dapatkan biodata anak2 asnaf yg lain pula.
Teruskan bersama kami. Kalau ada niat & hajat boleh salurkan kpd kami utk disampaikan.



DANA SETAKAT 3.15PM 19 MEI 2016:



RM4425 (MAYBANK) + RM1000(sahabat di lapangan)



RM3000 diserahkan kepada Wan Haqki & Wan Nur Asyikin.



DANA TERKINI: RM2425




Insya-Allah kami akan kumpulkan dana untuk sampaikan kepada anak-anak ini. Yuran akan dibayar secara online sebelum 23 Mei 2016.
Perkembangan dana akan kami update dari masa ke semasa.
Dana akan ditutup apabila mencapai sasaran.



Dana Menara Gading 2016 dibuka untuk sahabat-sahabat sama2 berkongsi rezeki...



Boleh hubungi Elly 012-3614014 untuk maklumat lanjut. Insya-Allah kita pakat selesaikan kos yuran & tampung perbelanjaan mereka..



Jazakumullah khairan kathira



#MenaraGading
#MisiMenaraGading
#SanggarSuri








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini