Sabtu, 20 September 2014

MISI MENARA GADING: Ziarah @ UPSI

[ MISI MENARA GADING: Misi Ziarah @ UPSI]

Alhamdulillah dapat jumpa Suriani yang hampir 2 minggu mendaftar di UPSI. Anak yatim ini agak sedih berpisah dengan ibu & adik2.. homesick.. Itulah isi sms beliau sebelum ini, yang menggerakkan hati kami untukk segera menziarahinya... sekurang2nya ada juga "ahli keluarga" yang menjenguknya...
Homesick anak2 ini bukan rindukan makanan enak2 & tilam empuk di rumah, selain belaian ibu bapa... tapi mereka risau & teringatkan betapa saat ini, ibu mereka sedang bertungkus-lumus membanting tulang sendirian, tanpa ayah di sisi...
buat sekian kali juga kalis telinga saya mendengar, apabila ditanya tentang makan..Sudah biasa saya dengar drp anak-anak golongan ini...
"..kami makan sekali sehari je, kak..."
mungkin sudah dibiasakan sejak kecil & usaha untuk berjimat...
Kata Suriani, ibunya akan berikan wang belanja RM2 sahaja untuk dia & adik-adik sewaktu sekolah dari pagi sampai petang (sekolah kebangsaan & sekolah agama), kalau lapar, balik nanti makan nasi di rumah..
Alhamdulillah rezeki yang dikongsi, amanah sahabat2 selamat disampaikan..
Serahan sumbangan setakat ini:
1. RM1000 sebahagian yuran pendaftaran (2 Sept 2014)
15 Sept 2014:-
2. Dana persediaan pengajian RM500
3. Dana Wang Saku RM200(insya-Allah bulanan)
4. Laptop (sumbangan seorang sahabat)
Insya-Allah sudah diusahakan:
1. Baki yuran RM1182.35
Sedang diusahakan/dicari;
1. Wang Saku - RM200 sebulan
(setakat ini ada seorang istiqamah RM100, perlukan seorang lagi)
2. Membekalkan makanan kering & minuman untuk alas perut
(tinggal di asrama & tidak dibenarkan memasak)
Doakan agar dipermudahkan urusan anak ini dalam menuntut ilmu, dan permudahkan kita untuk memberi sokongan secara istiqamah..amin







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini