Selasa, 1 Julai 2014

MISI RAMADAN SYAWAL-Misi Juadah Berbuka

 Di kala kita sibuk berbincang bersama keluarga.."Makan apa hari ini? Makan di mana? Menu apa?...".. di saat itu ada insan yang hanya mampu bertanya: " Ada makanankah untuk kita hari ini?"Masih terngiang-ngiang di telinga, luahan hati seorang ibu.."Orang tak tahu, setiap hari  jenuh berfikir mana nak cari duit nak beli beras buat makan anak2..."

Misi Sama Cakna Sama Rasa (Bantuan Makanan Percuma Asnaf)
merupakan suatu Misi perkongsian rezeki yang diwujudkan demi meringankan beban asnaf untuk mendapatkan makanan buat alas perut.. Insya-Allah Misi ini diteruskan sepanjang Ramadan yang dinamakan sebagai "Misi Juadah Berbuka"
.
Di samping itu, Misi Bakul Barangan Dapur untuk persiapan Ramadan&Syawal juga akan diteruskan selagi ada dana & hajat penderma. 

Untuk Misi Juadah Berbuka pula anggaran perbelanjaan yang diperlukan hanyalah RM30 untuk sebuah keluarga (2 lauk utama: ayam percik, lauk berkuah- ayam/daging/udang, 1@2 jenis kuih, air & ais, dan sekotak kurma)
Setiap hari insya-Allah Sahabat Sanggar Suri dipimpin oleh Mie Gstk akan mengagih-agihkan Juadah berbuka dari rumah ke rumah.

Insya-Allah dalam satu hari 5 keluarga asnaf akan menerima Juadah Berbuka yang disediakan hasil sedekah sahabat-sahabat.
Dana diperlukan sebanyak RM150 sehari.

Alhamdulillah Misi ini telah bermula pada 2 Ramadan 1435H / 30 Jun 2014M dan akan diteruskan pada hari-hari Ramadan seterusnya.

[MISI JUADAH BERBUKA PUASA]
HARI PERTAMA
ISNIN 02 Ramadan 1435H/30Jun 2014M

Keluarga Kiroman b. Mahmud di Kg.Kubang Keladi...Gual Arang,Rantau Panjang.
keluarga Ariffin b. Che Mud di Kg.Atas Gual,Gual Periok


keluarga Serifah bt. Omar di Taman Tasnim, Gual Tinggi Rantau Panjang.
keluarga Rohani Bt. Deraman di Kg.Banggol Ubi Keling,Rantau Panjang
Keluarga Rosli b. Mohamed di Kg.Gual Sitok











Antara Menu Juadah Berbuka Puasa











[MISI JUADAH BERBUKA PUASA]
HARI KEDUA
SELASA 03 Ramadan 1435H/ 01Julai 2014M

keluarga Husin b. Mamat di Kg.Tasek Cina Rantau Panjang..
 
Keluarga miskin Masitah bt.Ahamad di Kg.Tasek Cina Rantau Panjang,


keluarga ibu tunggal - Kamariah Nor bt. Isa di Kg.Kok Kiyeh Rantau Panjang 

keluarga Kasuadi b. Jaafar di Kg.Bakat Hulu Gual Arang,Rantau Panjang 

keluarga Nik Ludin b. Nik Wook di Kg.Bakat Hulu,Rantau Panjang 




Doakan dipermudahkan Allah usaha ini, dan ada rezeki untuk mereka nanti. Semoga juadah ini mampu mengalas perut mereka untuk beribadah dengan lebih baik & menceriakan hari-hari menempuh Ramadan...

Dialu-alukan untuk sertai kami...hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Sila pm Facebook: Elly Eksekutifsuri & WA 012-3614014.

Jazakumullah khairan kathira...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini